Wednesday, 8 September 2021

Model Kurikulum Tyler

 

Model Kurikulum Tyler


Pendahuluan

Ralph Tyler telah memperkenalkan Model Kurikulum Tyler pada tahun 1949 dan dianggap sebagai  model klasik. Model Kurikulum Tyler merupakan model kurikulum terawal dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum di Malaysia.  Model ini memberikan penekanan kepada suatu pembelajaran yang terarah, dirancang dan dikelola oleh pihak sekolah.  Tyler menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu tujuan, penggunaan objektif dalam perkembangan kurikulum sangat mustahak. Menurut beliau, penekanan yang perlu dititikberat dalam proses pendidikan ialah pembentukan tingkah laku.  Berdasarkan model ini, terdapat perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar di mana perubahan yang berlaku ialah apabila setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah.

 Menurut Tyler ada 4 perkara yang dianggap fundamental untuk mengembangkan  kurikulum, iaitu :

1. Menentukan tujuan

Menentukan tujuan merupakan hal yang paling awal dan harus dikerjakan kerana tujuan akan menentukan arah atau sasaran pendidikan. Terdapat beberapa pertanyaan untuk mempermudah dalam menentukan tujuan, iaitu:

i. Mana halatuju pendidikan murid-murid itu?

ii. Apakah kemampuan yang harus dimiliki murid lepeasa mengikuti program pendidikan?

iii. Dari mana dan bagaimana kita menentukan tujuan pendidikan ?

Sebagai contoh seorang guru perlulah menentukan tujuan apabil menyediakan racangan pelajaran harian untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran supaya guru itu dapat mencapai objektif pada sesuatu pelajaran.Pertanyaan di atas dapat dijadikan acuan dalam menetukan tujuan agar tujuan yang dikehendaki akan dapat difokuskan dan direalisasikan. Dalam merumuskan tujuan, ada beberapa perkara-perkara yang perlu diambilkira seperti faktor pelajar, sekolah, kehidupan masa kini, disiplin ilmu, falsafah, dan psikologi belajar.Dalam menentukan tujuan, ia bergantung kepada falsafah pendidikan yang diamalkan.  Terdapat 3 tujuan kurikulum iaitu:

         I.          1.1   Disipline oriented

Tujuan kurikulum bersifat discipline oriented menekankan pada penguasaan teori-teori yang ada dalam disiplin ilmu. Jadi dalam merumuskan tujuan diambil dari teori-teori para ahli.

       II.          1.2   Child centered

Bersifat child centerd bererti berpusat pada anak didik, dalam merumuskan tujuan harus disesuaikan dengan bakat minat anak didik, keperluan anak didik dan kemampuan anak didik.Misalnya seorang guru perlu menjalankan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid supaya murid-murid berfikir dan menjawab sesuatu subjek  dengan sendiri.Dengan ini murid-murid dapat berfikiran kreatif ,kritis dan berfikiran aras tinggi.Guru dapat memberi peluang kepada murid supaya komunikasi dua hala.Sehubungan ini guru itu dapat mencungkil bakat atau kepelbagaian kecerdesan murid.

 1.3 Society centerd

Society centered bermaksud berpusat pada kehidupan masyarakat. Jadi dalam merumuskan tujuan lebih ditekankan untuk kehidupan masyarakatnya sendiri. Tujuan kurikulum harus sesuai dengan keadaan lingkungan masyarakat, keadaan sosial ekonomi masyarakat, apa yang diperlukan dan harus sesuai dengan falsafah pendidikan yang diamalkan.Walaupun secara teori tampak begitu tajam pertentangan antara kurikulum yang bersumber dari displin akademik, kurikulum yang bersumber dari keperluan pribadi dan keperluan masyarakat, akan tetapi dalam praktiknya tidak setajam apa yang ada dalam teori. Anak adalah organisme yang unik, yang memiliki berbagai ragam yang berbeza. Ia juga adalah makhluk sosial yang berasal dari masyarakat dan akan kembali kepada masyarakat, oleh kerana itulah tujuan kurikulum apa pun bentuk dan modelnya pada dasarnya harus mempertimbangkan berbagai sumber untuk kepentingan individu dan kepentingan masyarakat.Sehubungan itu,kerajaan Malaysia sentiasa mengkaji dan mengaplikasikan isu-isu semasa dan peradaban kemasyarakatan pada masa kini dalam buku teks di sekolah  supaya murid-murid akan mengikuti kehidupan masyarakat dan situasi sosio budaya pada masa kini.Saya sebagai seorang guru sentiasa menekankan dan mengajar sosio budaya dan social ekonomi kepada murid-murid supaya mereka akan mengikuti arus peredaran zaman masa kini.

2. Menentukan pengalaman belajar

Pengalaman belajar yang dimaksud adalah adalah segala aktiviti dalam berinteraksi dengan persekitaran. Jadi dalam merumus kurikulum perlu memperhatikan latar belakang pendidikan anak didik dan pengalaman anak didik. Penyusunan kurikulum perlu mengambilkira persepsi anak didik agar mereka dapat bersedia dari segi mental dan emosi mahupun dalam bentuk perlakuan.Pengalaman belajar perlu dititikberatkan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Dengan ini murid-murid minat akan pelajaran pada masa itu.Pengalaman belajar juga membantu seseorang guru untuk membawa pembelajaran dengan senang.Ini juga membantu murid-murid untuk berfikir dan menjawab sesuatu soalan yang ditanya oleh gurunya.Saya seorang guru menjalankan kaedah flip classroom.Saya akan memberi sesuatu video mengenai kebaikan menghargai alam sekitar sebelum sehari pengajaran dan pembelajaran melalui google classroom.Murid-murid berkenaan akan mencatat kebaikan dalam kertas dan membawa ke sekolah.Keesokkan hari saya akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan senang.Objektif pelajaran hari itu senang akan capai.

3. Mengorganisasi pengalaman belajar

Mengorganisasi pengalaman belajar merupakan hal yang sangat penting. Pengalaman belajar perlu diorganisasikan agar terstruktur sehingga lebih mudah dalam merumus kurikulum dan hasilnya dapat dimaksimakan. Pengorganisasian ini boleh saja berbentuk mata pelajaran mahupun dalam bentuk program.Langkah pengorganisasian ini sangatlah penting, sebab dengan pengorganisasian yang jelas akan memberikan petunjuk kepada pelaksanaan proses pembelajaran sehingga menjadi suatu pengalaman belajar yang nyata bagi pelajar. Ada beberapa prinsip menurut Tyler (1950: 55) dalam mengorganisasi pengalaman belajar, iaitu sebagai berikut.

Prinsip kesinambungan ada yang bersifat vertikal dan horizontal. Bersifat vertikal maksudnya bahawa pengalaman belajar yang diberikan harus memiliki kesinambungan yang diperlukan untuk pengembangan pengalaman belajar selanjutnya. Contohnya, apabila anak diberikan pengalaman belajar tentang pengembangan kemampuan membaca bahan-bahan pelajaran bersifat kemasyarakatan, harus diyakini bahawa pengalaman belajar tersebut akan diperlukan untuk mengembangkan keterampilan berikutnya, contohnya ketermapilan memecahkan masalah-masalah sosial. Prinsip kesinambungan yang bersifat horizontal bermaksud suatu pengalaman yang diberikan pada siswa harus memiliki fungsi dan bermanfaat untuk memperoleh pengalaman belajar dalam bidang lain. Contohnya pengalaman belajar dalam bidang matematik harus dapat membantu untuk memperoleh pengalaman belajar dalam bidang ekonomi ataupun dalam bidang lain.

Prinsip kesinambungan mempunyai hubungan yang erat, perbezaannya hanya terletak pada aras kesulitan dan keluasan skop. Ini bermaksud setiap pengalaman belajar yang diberikan kepada pelajar harus turut sama memerhatikan tahap perkembangan pelajar. Pengalaman belajar yang diberikan dalam kelas Tahun 3 harus berbeza dengan pengalaman pada kelas seterusnya.Saya akan menyediakan rancangan pelajaran harian dengan merentasi kurikulum untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contohnya Apabila saya akan menjalankan pelajaran mengenai kebaikan menghargai alam sekitar,saya akan menghubungkaitkan matapelajaran lain seperti pendidikan seni visual (melukis gambar alam sekitar),matapelajaran sains dan sebagainya.

4. Penilaian

Evaluasi dilakukan untuk mengetahui apakah tujuan yang telah ditetapkan dalam kurikulum tercapai atau tidak. Dalam menilai terdapat 2  aspek yang perlu diberi perhatian iaitu:Evaluasi harus menilai apakah ada perubahan tingkah laku pelajar sesuai dengan tujuan yang telah ditetapkan.Penilaian sebaiknya menggunakan lebih dari satu alat ukur dalam suatu waktu tertentu.Saya sebagai guru saya akan menilai murid dengan pentaksiran bilik darjah.Murid-murid akan nilai semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan supaya saya akan dapat mengenal pasti pencapaian dan kefahaman murid-murid dalam sesuatu pelajaran.

Terdapat 2 fungsi penilaian sebagai perkara yang penting dalam pengembangan kurikulum

1.Fungsi sumatif

Yang dimaksud fungsi sumatif adalah penilaian digunakan untuk memperoleh data tentang pencapaiaj pelajar. Dengan adanya penilaian kita dapat mengetahui bagaimana tahap pencapaian tujuan atau tahap penguasaan isi kurikulum oleh setiap pelajar.

2.Fungsi formatif

Fungsi formatif ini digunakan untuk melihat tingkat efaktif proses pembelajaran, adakah program yang telah ditetapkan sudah dianggap sempurna atau masih perlukan penambahbaikan.

Sedangkan menurut Model Objectives Tyler berpendapat bahawa penilaian kurikulum sebagai pengukuran performa anak didik terhadap tujuan perilaku yang sudah dirumuskan. Selain itu masih ada beberapa model lainnya yang menjurus kepada penilaian terhadap ketercapaian objektif, iaitu :Hammond,  lebih berfokuskan  kepada pengaruh faktor institusional dan instruksional di dalam mencapai tujuan.Provus, memfokuskan kepada apakah terdapat perbezaan antara pengamatan kurikulum dan standard atau tujuan yang sudah dipersetujui.

Kesimpulanya

Inila kretiria yang saya akan aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mengembangkan pengalaman belajar.

No comments:

Post a Comment

International Fun Walk 3.0

  International Fun Walk 5KM -3.0, 14.01.2023 - Stadium Kuala Selangor . Thank to co-curricular unit.