Keperluan untuk mempunyai sebuah sekolah Tamil di Ladang Riverside telah mula dirasakan oleh penduduk ladang ini sejak awal lagi. Hampir semua pekerja ladang ini tidak berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah yang terletak jauh dari kawasan kediaman mereka.
Bangunan ini telah berusia 86 tahun dan masih berfungsi cemerlang dalam menjana wadah Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan murid-murid yang seimbang dan harmonis dari segala aspek nilai kemanusiaan yang dihasratkan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
.
Impian menjadi kenyataan apabila pihak ladang mendirikan sebuah sekolah Tamil pada tahun 1928. Bangunan sekolah ini terletak berhampiran dengan kawasan perumahan pekerja Ladang Riverside. Sekolah ini diberi nama SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG RIVERSIDE. Guru Besar pertama sekolah ini ialah En. Narayanan. Walaupun sekolah ini serba kekurangan dari pelbagai aspek namun ia dapat menampung sehingga 250 orang murid pada suatu ketika dahulu.
Bangunan ini telah beroperasi sehingga ianya runtuh pada tahun 1969. Sebuah bangunan baru separuh papan dan separuh batu telah didirikan dalam kawasan seluas empat ekar berhampiran Jalan Raja Musa berdekatan dengan Kampung Bukit Belimbing. Sekolah ini masih berstatus Bantuan Modal kerana ia diadakan di atas tapak tanah kepunyaan Guthrie Plantation. Bangunan baru yang terdiri dari 6 buah bilik darjah ini telah dibuka rasmi pada tahun 1970 oleh En. Walker, Pengurus Ladang Riverside.Walaupun bangunan sekolah berpindah ke tapak baru namun nama sekolah ini masih dikekalkan sebagai SRJK(Tamil) LADANG RIVERSIDE.(Nama Ldg. Riverside pula ditukarkan kepada Ldg.Bukit Talang.) Bangunan baru ini pernah menampung sehingga 400 orang murid pada pertengahan tahun 1970-an. Pada masa itu hampir 25 orang guru, seorang kerani, seorang PAR dan 2 orang pekerja Am serta seorang jaga berkhidmat di sekolah ini.
Perubahan dan perkembangan yang berlaku ke atas sekolah ini adalah hasil kepimpinan bekas-bekas Guru Besar seperti En. Periasamy, En. Krishnan dan En. K.Subramaniam. Bagi kemudahan murid-murid sekolah sebuah kantin telah didirikan pada tahun 1972. Pada tahun 1986 pula bangunan tambahan yang mempunyai empat buah bilik didirikan untuk dijadikan pusat sumber sekolah. Beberapa pengubah suaian telah dilakukan dari masa ke semasa dan kini terdapat 6 buah bilik darjah,sebuah bilik makmal sains, sebuah bilik pusat sumber serta beberapa kemudahan seperti bilik guru,pejabat am,bilik Guru Besar,stor sukan,bilik kemahiran hidup serta lain-lain kemudahan asas seperti tandas dan padang yang agak lengkap.
Dalam sejarah perkembangannya, sekolah ini pernah menyambut kedatangan beberapa orang pemimpin Negara seperti Mendiang Tan Sri Manikavasagam,YAB Dato’ Dr. Haji Abu Hasan Bin Hj. Omar,Y.B Dato Seri’ Samy Vellu,YB Dato’ Paduka Zaleha Ismail, Yang Bahagia Tuan Khalid bin Hj. Ahmad dan pemimpin tempat yang lain. Pertumbuhan ekonomi pesat dan peluang pekerjaan dalam sector perkilangan di kawasan-kawasan Bandar menyebabkan ramai pekerja Ladang berpindah ke kawasan Bandar. Keadaan ini memberi kesan kepada enrolmen murid-murid sekolah ini.
Jadual dibawah ini memberi gambaran jelas tentang kedudukan murid di SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN (T) LADANG RIVERSIDE dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini :-
TAHUN MURID JUMLAH KELAS JUMLAH GURU
1979 312 8 10
1980 315 8 10
1981 310 8 10
1982 305 8 10
1983 290 7 13
1984 280 7 13
1985 277 7 13
1986 275 7 13
1987 270 7 13
1988 250 7 13
1989 210 6 11
1990 180 6 11
1991 180 6 11
1992 170 6 11
1993 170 6 11
1994 156 6 11
1995 150 6 11
1996 140 6 11
1997 126 6 11
1998 120 6 11
2021 68 7 11
Kini sekolah ini merupakan sebuah sekolah under enrolmen. Murid-murid sekolah ini berasal dari Ladang Bukit Talang, Bukit Belimbing dan Kampung Bukit Belimbing. Dari segi sejarahnya S.R.J.K.(T) LDG.RIVERSIDE telah mengalami pelbagai perubahan sama ada dari segi bentuk fizikal, bilangan murid dan tenaga pengajar. Walaupun S.R.J.K.(T) LDG. RIVERSIDE banyak mengalami revolusinya akan tetapi sekolah ini masih tidak berubah dari segi matlamat dan objektifnya iaitu, bercita-cita menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dari segi pengurusan,perancangan, dan pengendalian semua bidang secara berkualiti bagi merialisasikan wawasan Negara dengan pelajar-pelajar yang cemerlang khususnya dari segi akademik.
RITS EXCELLENT !!
SEK JENIS KEB. (T) LADANG RIVERSIDE
SENARAI NAMA-NAMA GURU BESAR
SEK.JENIS.KEB (T) LDG.RIVERSIDE
Beberapa orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini, sejak ditubuhkan pada tahun 1928. Berikut adalah senarai Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini.
ENCIK.T.NARAYANAN berkhidmat dari 1928 hingga 1963. Beliau adalah pelopor pengasas sekolah ini. Pada masa itu SRJK (Tamil) LDG. RIVERSIDE terletak dan beroperasi di tapak yang berhampiran dengan kawasan perumahan pekerja ladang.
ENCIK PERIASAMY A/L NADESAN berkhidmat dari tahun 1964 hingga 1985. Atas inisiatif beliau SRJK (Tamil) LDG. RIVERSIDE telah berpindah ke tapak yang baru dengan struktur bangunan seperti yang terdapat pada masa sekarang.
ENCIK SUBRAMANIAM A/L KANNAN berkhidmat dari tahun 1985 hingga tahun 1987. Sebuah bilik untuk Pusat Sumber Sekolah telah dibuka pada masa beliau berkhidmat.
ENCIK KRISNAN A/L MURUGAN berkhidmat dari tahun 1987 hingga tahun 1994. Bangunan tambahan dengan 2 buah bilik darjah telah didirikan. Pada masa berkhidmat, sekolah mengalami pelbagai perubahan dan kemajuan.
ENCIK MUTHUVEERAN A/L RAMASAMY mula berkhidmat di sekolah ini pada tahun 1994. Beliau bersara wajib dari sekolah ini pada tahun 1996.
ENCIK MP.SUBRAMANIAM mula berkhidmat di sekolah ini sejak 16.12.1996. Atas inisiatif dan kepimpinan beliau sekolah ini mula mengalami beberapa perubahan yang progresif.
ENCIK V. CHANDRASEKARAN berkhidmat pada 1997-2000. Atas inisiatif dan kepimpinan beliau sekolah ini mula mengalami beberapa perubahan yang progresif dalam pendidikan.
ENCIK C.THARMAN berkhidmat pada 2001-2006. Atas inisiatif dan kepimpinan beliau sekolah ini mula mengalami beberapa perubahan yang progresif.
DATIN JAYAM berkhidmat pada 2006-2007.Atas inisiatif dan kepimpinan beliau sekolah ini mula mengalami beberapa perubahan yang progresif.
PUAN PUNIAVATHI A/P NARAYANAN berkhidmat pada 2008 – 2014.Atas inisiatif dan kepimpinan beliau sekolah ini mula mengalami beberapa perubahan yang progresif.
SELVANATHAN A/L MUNIYANDI berkhidmat pada 2014 sehingga 2016.Atas inisiatif dan kepimpinan beliau sekolah ini mula mengalami beberapa perubahan yang progresif dalam sukan dan pendidikan.Sebuah Prasekolah telah dbuka kepada murid-murid bawah 6 tahun.
AMUTHAVALLI A/P VARATHAN BERKHIDMAT 2016 SEHINGGA 2021.Atas inisiatif dan kepimpinan beliau sekolah ini mula mengalami beberapa perubahan yang progresif dalam pendidikan.Beliau juga membawa perubahan bangunan-bangunan seperti mengecat, penambahbaikan dewan sekolah dan sebaganya.
RAMASAMY A/L NADESAN P.B.B BERKHIDMAT MULAI 20.02.2021 SEHINGGA KINI.Atas inisiatif dan kepimpinan beliau sekolah ini mula mengalami beberapa perubahan yang progresif dalam pembangunan kualti guru-guru dan murid-murid sekolah.Beliau juga telah menerapkan DIGITAL LEARNING CLASS di dalam kelas.Beliau juga menyediakan kemudahan-kemudahan ICT seperti Smart TV LED 50 inchi , 5 buah Komputer dan sebagainya....
SEJARAH PENUBUHAN
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1928. Bangunan baru telah dibina pada tahun 1969 dan dibuka pada tahun 1970. Ia telah dibina oleh pihak JKR dalam bentuk model separuh papan dan kayu. Keluasan tapak ialah 1.5 hektar. Hak milik tapak sekolah ini dimiliki oleh Guthrie Company Sdn. Bhd.
Oleh kerana sekolah ini terletak di kawasan Ladang Riverside dan murid-muridnya terdiri dari kaum India, maka sekolah ini dinamakan Sekolah Rendah Jenis Kebanggsaan (Tamil) Ladang Riverside.
Kebanyakan murid sekolah ini terdiri dari anak-anak pekerja lading iaitu Ladang Bukit Talang, Bukit Belimbing dan Ladang Eng Hong.
Kini sekolah ini mempunyai dua buah bangunan. Terdapat enam buah bilik darjah yang lengkap.
VISI SEKOLAH
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI SEKOLAH
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
HALA TUJU
BERFOKUS
MENINGKATKAN KUALITI GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MELALUI AMALAN PEMBELAJARAN KE -21
OBJEKTIF
- Melahirkan warga sekolah yang taat setia dan bersepadu.
- Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
- Menyediakan guna tenaga mahir bagi memenuhi keperluan Negara.
PROFIL SEKOLAH
Bilangan Murid : 68 orang
Bilangan Guru : 11 orang
Bilangan Staf Bukan Guru : 3 orang
Bilangan Blok : 2
Bilangan Kelas : 6
Bilik Sains : 1
Bilik Pusat Sumber : 1
Kantin : 1
Gelanggang Badminton : 1
Padang : 1
Kelas ICT : 1
Kelas Prasekolah : 1
No comments:
Post a Comment