KANDUNGAN
Abstrak i
1.0 Pengenalan
1 - 2
2.0 Latarbelakang kajian
2 - 3
3.0 Fokus Kajian / Isu keperihatinan
3 - 4
4.0 Objektif kajian 4
5.0 Kumpulan sasaran
5 - 6
6.0 Pelaksanaan kajian 6
- 14
6.1 Tinjauan awal
masalah
6.1.1 Pemerhatian
6.1.2 Soal Selidik
Murid
6.1.3 Soal Selidik
Guru
6.2 Analisis tinjauan
maslah
6.2.1 Persepsi guru
6.2.2 Persepsi murid
6.3 Tindakan yang dijalankan
6.4 Dapatan kajian
6.5 Refleksi kajian
6.6 Cadangan kajian
Tindakan seterusnya
7.0 Penutup
14
|
Lampiran 2
Sekalung Budi
Tajuk :
ANALISIS PERSEKITARAN DALAMAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG RIVERSIDE
Oleh : Ramasamy Nadesan P.B.B
Guru Besar
SJK Tamil Ladang Riverside,Kuala Selangor
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan mutu dan kualiti
guru dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah.Sebanyak 10 orang guru akan mengikuti
kajian ini dan 20
orang murid terlibat dalam rensponden kajian ini.Pada awal kajian Tindakan ini
saya telah membuat pemerhatian dan membuat pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru-guru sekolah
ini.Didapati guru-guru menjalankan PdPc dengan baik tetapi tiada penggunaan ICT
serta tiada amalan pembelajaran abad ke -21. Selain itu,kemudahan -kemudahan
untuk membantu proses pengajaran dan pemudahcara cemerlang di dalam kelas tidak
mencukupi seperti papan putih , LCD , keselesaan keadaan bilik dan sebagainnya.
i
1.0 PENGENALAN
Pada hari ini, pihak sekolah
bukan sahaja berdepan
dengan cabaran untuk melahirkan bentuk pengurusan sekolah yang berkesan,
malahan perlu berusaha keras di dalam menjayakan langkah untuk mengetengahkan
sekolah masing-masing samada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa melalui usaha pemasaran yang berkesan.Berdasarkan sasaran
pucuk pimpinan negara , kejayaan hanya boleh dijamin seandainya wujud
kerjasama yang jitu daripada segenap lapisan masyarakat di dalam pendidikan,
khususnya mereka yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak di dalam
dunia pendidikan.
Hodge B.J. (2003) dalam Organization Theory mentakrifkan pengurusan sebagai suatu proses yang berterusan meliputi proses
perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penilaian dan pengawalan terhadap
segala tugas dan tanggungjawab setiap ahli di dalam sesebuah organisasi berdasarkan penggunaan sumber
yang dimiliki bagi mencapai setiap objektif yang telah ditetapkan. Henry Mintzberg (1980)
pula berpendapat, pengurusan sebagai usaha untuk meramal dan merancang,
mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal manakala Adam J.S. (1976) berpandangan pengurusan sebagai satu proses
sosial yang terdiri daripada perancangan, kawalan,
koordinasi dan motivasi.
Pemasaran pula dilihat sebagai suatu proses pengiklanan dan promosi jualan yang dilakukan oleh sesebuah
organisasi bagi memastikan segala produk atau perkhidmatan yang dihasilkan
sampai kepada pengguna akhir pada nilai-nilai tertentu
yang seterusnya mampu melonjakkan
organisasi tersebut di dalam pasaran semasa melalui rangkaian aktiviti yang
pelbagai merangkumi proses perancangan, perlaksanaan pembangunan keluaran,
promosi, agihan dan sebagainya. Pada hari ini, pemasaran memainkan peranan yang
amat penting di dalam meningkatkan daya saing dan kelangsungan hidup sesebuah
organisasi. Pemahaman terhadap kepentingan pengurusan pemasaran startegik bukan
hanya perlu diketahui oleh mereka yang terlibat di dalam sektor pembuatan
produk tetapi juga perlu dikuasai oleh semua sektor meliputi sektor
perkhidmatan.
Menurut Philip Kotler (1997), pemasaran boleh ditakrifkan
sebagai satu proses sosial yang mengarahkan pengaliran keluaran dan
perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi daripada pihak pengeluar kepada pengguna
dan dalam masa yang sama mampu memenuhi permintaan pengguna dan menyempurnakan matlamat organisasi serta masyarakat. Walau
1
bagaimanapun, terdapat kesepakatan takrif yang sering
digunakan oleh kebanyakan pihak di dalam
menyatakan maksud pemasaran secara menyeluruh, iaitu suatu proses perancangan
dan perlaksanaan pembangunan, penentuan harga, promosi
dan pengagihan barangan
serta perkhidmatan (Malcolm H.B., 1992).
Berdasarkan takrifan yang dinyatakan di atas, pemasaran
digambarkan sebagai satu kerangka
perlaksanaan yang berterusan serta merangkumi
konsep 4P, iaitu suatu proses perancangan
dan perlaksanaan konsepsi, perletakan harga, promosi dan pengedaran idea,
barangan dan perkhidmatan oleh sesebuah organisasi kepada para pengguna bagi
menghasilkan nilai tukaran yang dapat memuaskan pengguna
dan memenuhi matlamat
organisasi (Philip Kotler, 1997).
2.0 LATARBELAKANG KAJIAN
Di dalam dunia pendidikan, pemasaran dilihat sebagai satu
urusan transaksi yang berlaku di antara sekolah selaku pembekal dan para
pelajar, ibu bapa mahupun komuniti setempat selaku pengguna. Pemasaran di dalam pendidikan ditafsirkan sebagai cara bagaimana sekolah berkomunikasi dan mempromosikan
tujuan, nilai dan produk kepada para pelajar, ibu bapa, staf dan masyarakat
umum secara aktif (Davies dan Ellison, 1997).
Keperluan pemasaran sesebuah sekolah berpusat kepada
hubungan kualiti pendidikan yang berupaya ditawarkan serta tarikan pengekalan pelajar yang mampu dilakukan oleh sesebuah
institusi. Sesebuah sekolah yang mampu menyediakan kualiti pendidikan yang
terbaik juga masih memerlukan pemasaran sebagai saluran penyampaian informasi
kepada pelanggan. Sesungguhnya kebaikan atau kualiti yang cemerlang di sesebuah
sekolah tidak dapat membawa sebarang ganjaran
dengan sendirinya dan masih memerlukan strategi pemasaran
yang terancang sebagai entiti perantaraan yang dominan. Kewujudan persekitaran
yang positif dan memberangsang di sekolah tidak
dapat menjamin kejayaan
dan keutuhan sekolah itu dengan sendiri melainkan
diketahui pelanggan dan komuniti lain dan yang lebih penting dihargai.
Sehubungan itu, pengurusan sekolah ini terdapat banyak kekurangan dari segi kemudahan ICT , kemudahan peralatan PdPc dan sebagainya.Selain itu , Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru-guru tahap sederhana sahaja.Guru-guru ini juga tidak mempunyai motivasi diri untuk mencemerlangkan sekolah di Daerah Kuala Selangor.
2
Namun, murid-murid sekolah ini juga tidak bersedia untuk
belajar dan malas datang ke sekolah kerana mereka
menjadi bosan.Cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas secara
tradisional. (chalk and talk).Guru-guru kurang
menggunakan bahan bantu mengajar ,tidak menggunakan kaedah PAK 21 dan
sebagainya dalam PdPc.Dengan ini,murid-murid tidak minat untuk
belajar.Kadang-kala guru-guru menjalankan PdPc dengan baik kerana pemimpin
sekolah mengadakan pemantauan PdPc.Selepas itu, guru-guru telah kembali PdPc
secara normal.
Selain itu, kepimpinan sekolah sebelum ini tidak menumpukan pembangunan profesionalisme keguruan.Pada
hal,Pembangunan profesionalisme keguruan telah dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia Transformasi Sekolah 2020 – 2025
(PPPM).Terdapat pelbagai pembangunan profesionalisme untuk guru-guru disusunkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi 80% guru-guru sekolah ini tidak
dipraktiskan seperti Coching dan Pementoran
, PLC , Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke -21 dalam
PdPc , Penerapan KBAT ,iThink dan sebagainya.Kepercayaan ibubapa terhadap
pengurusan sekolah dan guru-guru juga tidak memuaskan.
Pihak sekolah perlu peka terhadap kelainan dan keunikan
yang dilakukan di sekolah masing- masing yang boleh membezakan sekolah mereka
dengan sekolah- sekolah lain. Melalui pengurusan pemasaran yang berkesan, pihak
sekolah boleh berusaha untuk menyerlahkan perkara tersebut kepada awam. Usaha seumpama
ini secara tidak
langsung boleh membantu mengetengahkan sekolah agar
menjadi fokus tarikan serta pengekalan pelajar dan masyarakat umum dari semasa
ke semasa.
Sehubungan itu, saya telah berbincang dengan SLT , MLT dan
guru-guru serta staf sokongan untuk mengembangkan dan membangunkan sekolah
dengan kualiti dalam kalangan guru- guru dan murid-murid sekolah dalam 10 bulan
ini.
3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
Bagi memastikan rancangan pemasaran sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan, sesebuah sekolah perlu membuat analisis terhadap institusi itu sendiri bagi mengenalpasti keupayaan atau kekuatan yang dimiliki sebelum mengatur startegik yang lebih terperinci. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pihak sekolah akan lebih jelas terhadap kedudukan sebenar institusi sekolah masing-masing sebelum membuat perancangan pembangunan.
3
selari dengan pelbagai cabaran yang sedia ada. Selain
daripada itu, untuk mengenalpasti setiap keperluan para pelanggan yang terlibat
dengan institusi sekolah samada secara langsung atau tidak, pihak sekolah juga
perlu membuat analisis ke atas situasi sebenar di sekolah. Melalui
analisis yang terancang, pihak sekolah mampu mengenalpasti pelbagai
aspek yang perlu diberi keutamaan bagi tujuan penilaian, perubahan
mahupun penambahbaikan.
Sehubungan itu,saya memilih isu ini kerana berdasarkan
tinjauan awal saya, saya didapati bahawa 10 orang guru kurang mempunyai
kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Penerapan
pembelajaran PAK ke-21 ,aktiviti-aktiviti kumpulan dan iThink sangat rendah.
Selain itu,motivasi guru-guru di sekolah ini amat rendah.Mereka kurang percaya
terhadap pemimpin sekolah terdahulu dan kini. Dengan ini saya telah mengaturkan beberapa
strategik dan Langkah
mengatasinya untuk meningkatakan kualiti dalam PdPc guru-guru melalui amalam
pembelajaran abad ke 21 dan kemenjadian murid-murid.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian tindakan
ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai
objektif tersebut:
4.1 ) Objektif Am
4.1.1 Meningkatkan kemahiran dan kualiti guru-guru dalam PdPc.
4.2 ) Objektif Khusus
4.2.1 Guru-guru dapat memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan betul.
4.2.2
Guru-guru boleh membezakan pengajaran dan pembelajaran tradisional dan PdPc PAK-21.
4.2.3
Untuk mengenalpasti tahap analisis
persekitaran dalaman sekolah
berdasarkan persepsi guru.
4.2.4 Untuk mengenalpasti tahap analisis persekitaran dalaman sekolah berdasarkan persepsi pelajar.
4
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan guru yang terlibat dalam
kajian ini ialah seramai 10 orang guru. 3 orang guru lelaki dan 6 orang guru perempuan.
Kumpulan sasaran kedua adalah terdiri
daripada 12 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan dari tahun 4 hingga
6.
6.0
PELAKSANAAN KAJIAN
Metodologi kajian merujuk kepada cara yang paling berkesan
bagi mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang minimum dalam mencapai
sesuatu penyelidikan (Majid Konting, 1990)
Bagi memberi fokus khusus, bab ini akan menerangkan
pemilihan metodologi kajian yang sesuai untuk diaplikasi bagi mencapai tujuan
kajian asal. Untuk membincangkan metodologi kajian ini, beberapa aspek akan
diberi penekanan iaitu rekabentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan instrumen kajian, prosedur pengumpulan
data dan seterusnya analisis data.
6.1 Tinjauan Awal Masalah
Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti dan
Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan pemerhatian dan sola selidik.
6.1.1 Pemerhatian :
Saya telah memerhati pengajaran dan pembelajaran guru-guru
di dalam kelas mahupun di luar kelas tetapi guru-guru masih tidak dapat
menyediakan BBM yang merangsang murid- murid,RPH yang disediakan masih tidak
mengikuti kreteria PAK-21 , Objektif pembelajaran masih kurang mencapai dalam
sesuatu PdPc.Disamping itu,kemudahan -kemudahan untuk membantu PdPc tidak dapat
dipenuhi oleh pengurusan sekolah. Penglibatan murid-murid juga kurang
aktif dalam sesuatu PdPc.Murid-murid juga kurang berminat dengan PdPc biasa.
6.1.2 Soal selidik murid
Soal selidik pelajar direka berdasarkan beberapa soalan bagi melihat persepsi mereka terhadap beberapa persoalan meliputi latar belakang pelajar dan persepsi mereka terhadap persekitaran dalaman sekolah masing-masing. Berikut adalah pembahagian yang dilakukan di dalam soal selidik pelajar, iaitu:-
5
Bahagian A (Latar Belakang Responden)
Bahagian ini mengandungi item-item yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat latar belakang pelajar yang terlibat sebagai responden.
Responden hanya perlu menandakan di dalam petak-petak yang disediakan berkaitan
dengan diri responden. Maklumat latar belakang ini terdiri daripada jantina dan
tempoh belajar di sekolah berkenaan.
Bahagian B (Persepsi Persekitaran Dalaman Sekolah)
Bahagian ini mempunyai tujuh elemen atau gagasan penting
yang akan dinilai oleh para pelajar. Pembahagian elemen-elemn ini adalah
berdasarkan persoalan-persoalan yang akan dikaji.
6.1.3 Soal Selidik Guru
Soal selidik guru direka bagi mendapatkan maklumbalas atau
data daripada pihak guru. Soal selidik berkenaan dibahagikan kepada dua
bahagian yang meliputi maklumat latar belakang responden dan soalan-soalan berkaitan persepsi guru terhadap
persekitaran dalaman sekolah masing-masing. Berikut
adalah maklumat ringkas
bagi pembahagian yang dilakukan pada soal
selidik guru, iaitu:-
Bahagian A (Latar Belakang Responden)
Bahagian ini mengandungi item-item yang diguna untuk
mendapatkan maklumat latar belakang guru yang terlibat sebagai responden.
Responden hanya perlu menandakan di dalam petak-petak yang disediakan berkaitan
dengan diri responden. Maklumat latar belakang
ini terdiri daripada
jantina, pengalaman mengajar
dan tempoh mengajar
di sekolah.
Bahagian B (Persepsi Persekitaran Dalaman Sekolah)
Bahagian ini mempunyai tujuh elemen atau gagasan penting yang akan dinilai oleh guru-guru. Pembahagian elemen-elemn ini adalah berdasarkan persoalan-persoalan yang akan dikaji.
6
6.2 Analisis Tinjauan Masalah
6.2.1 Tahap Analisis Persekitaran Dalaman Sekolah Berdasarkan Persepsi Guru.
Hasil kajian mendapati bahawa tahap analisis persekitaran
dalaman sekolah berdasarkan persepsi guru adalah
sederhana. Ini menunjukkan guru-guru bersetuju terhadap
faktor-faktor persekitaran dalaman sekolah
iaitu komunikasi, persekitaran kerja,
persekitaran profesional,
kualiti pendidikan, sokongan profesional, pihak pengurusan dan am yang
dijadikan elemen penilaian persepsi.
Faktor persekitaran kerja pula mempunyai persepsi paling
kurang memuaskan secara keseluruhan iaitu mencakupi persepsi berhubung
kemudahan bilik staf, kelengkapan bilik pengajaran, kelengkapan bahan pengajaran, bilangan pelajar di dalam
kelas dan kemudahan
perpustakaan di sekolah. Hasil kajian ini selari dengan kenyataan yang
dikemukakan oleh Hamzah (1994) berhubung persekitaran kerja yang meliputi semua
bentuk hubungan faktor fizikal, psikologi dan sosial, suasana
dan kejadian yang berlaku di tempat kerja
mempengaruhi organisasi dan pekerja. Dapatan ini juga menyamai kajian
oleh Oldham (1987) yang mendapati keadaan fizikal tempat kerja yang kurang
selesa menyebabkan wujud ketidakpuasan kerja dalam kalangan kerani.
Berdasarkan dapatan yang kontra ini, ianya jelas
menunjukkan bahawa walaupun guru-guru kurang berpuashati terhadap persekitaran
kerja mereka tetapi mereka berusaha meningkatkan kualiti pendidikan yang
ditawarkan kepada pelajar. Oleh yang demikian pihak sekolah perlu
prihatin untuk menyeimbangi keperluan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar di dalam usaha meningkatkan
prestasi serta keberkesanan sekolah.
Walaupun persepsi keseluruhan guru berada pada tahap sederhana, namun terdapat dua item yang mendapat persepsi tahap tinggi, iaitu kepercayaan terhadap pengaruh sistem disiplin kepada pendidikan pelajar (item kualiti pendidikan) dan bantuan daripada rakan- rakan sejawat kepada guru-guru (item sokongan professional). Oleh yang demikian, pihak pengurusan sekolah perlu memberi penekanan terhadap peranan disiplin dalam menjamin keutuhan proses pembelajaran dan pendidikan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah keseluruhannya.
7
Sokongan rakan sejawat
dalam kalangan guru juga dilihat
sebagai salah satu penyumbang ke arah
pembentukan persekitaran profesional guru yang positif
dan secara tidak langsung dapat membantu melancarkan usaha pihak
sekolah di dalam memberikan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar
khususnya. Dapatan ini selari dengan pendapat Herzberg et al. (1959) di mana
beliau menyatakan interaksi sosial di tempat kerja adalah punca kepuasan dalam
kalangan pekerja. Khaleque dan Rahman (1987) pula mendapati hubungan yang baik
dengan rakan pekerja merupakan faktor utama bagi meningkatkan kepuasan kerja.
Walau bagaimanapun, terdapat ketidakseimbangan persepsi
dalam kalangan guru apabila terdapat empat persepsi
yang berada pada tahap rendah.
Antara item-item persepsi
tersebut ialah kekurangan maklumat daripada ibu bapa kepada para pelajar
berhubung jangkaan tingkah laku anak-anak mereka (item komunikasi), kemudahan
bilik guru yang kurang memuaskan, bilangan pelajar
yang dilihat tidak sesuai di dalam
kelas (item persekitaran kerja) dan agihan bebanan tugas yang kurang adil
(item persekitaran profesional). Oleh yang demikian, pihak pengurusan sekolah
perlu mengambil serius terhadap perkara ini dan berusaha untuk mencari jalan
keluar yang lebih terancang dan konsiten. Elemen
persekitaran kerja khususnya dilihat
perlu diberi penekanan
kerana ianya amat berkaitrapat dengan mutu
pelaksanaan dan penyampaian ilmu oleh guru.
Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan, jelas
menunjukkan bahawa sekiranya pihak sekolah membuat perancangan perubahan atau
peningkatan ke atas mana-mana elemen persekitaran dalaman, ianya akan memberi
impak kepada elemen lain secara langsung dan selari. Selain daripada itu, hasil
analisis ini juga menggambarkan secara keseluruhan pihak sekolah masih berada
jauh daripada kualiti pengurusan berkesan. Oleh yang demikian, pihak sekolah khususnya melalui peranan
yang dilakukan oleh pihak guru sendiri, perlu melipatgandakan usaha dan
kerjasama berpasukan secara efektif bagi memastikan kualiti pengurusan sekolah
dapat diperbaiki dan ditingkatkan.
Melalui elemen-elemen yang telah dikenalpasti, pihak sekolah perlu merancang pelan tindakan ke arah penambahbaikan dan mewujudkan persekitaran sekolah yang positif serta merangsang suasana pembelajaran yang menyeluruh bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi menjangkau semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam dunia pendidikan. Selaku organisasi yang berorientasikan pendidikan, pihak sekolah seharunya mampu menjadi teraju utama di dalam merealisasikan organisasi pembelajaran (learning).
8
organization) yang menggalak
serta mengamalkan konsep
pembelajaran sepanjang hayat (life
long learning).
6.2.2Tahap Analisis Persekitaran Dalaman Sekolah Berdasarkan Persepsi Pelajar
Berdasarkan hasil analisis yang dilakukan, didapati
persepsi pelajar terhadap persekitaran dalaman sekolah berada pada tahap
sederhana. Ini menggambarkan bahawa para pelajar pada keseluruhannya bersetuju
terhadap semua faktor persekitaran dalaman sekolah yang terdiri daripada
pengajaran-pembelajaran, kepuasan terhadap
staf, komunikasi, tingkah
laku, kemudahan, peluang yang sama dan am yang dijadikan elemen kajian.
Melalui hasil analisis juga, didapati dua faktor
persekitaran dalaman sekolah berada pada tahap tinggi iaitu faktor
pengajaran-pembelajaran dan kepuasan terhadap staf. Persepsi positif pelajar terhadap
faktor pengajaran-pembelajaran meliputi penggunaan masa yang mencukupi dalam
kalangan pelajar untuk kemahiran asas, pemberian jenis dan jumlah kerja sekolah
yang sesuai, kepuasan pelajar terhadap cara kerja dan pencapaian mereka dinilai
serta diakui, saiz dan bilangan pelajar di dalam kelas dan pemberian
kerja-kerja yang mencabar di kalangan pelajar.
Faktor kepuasan terhadap
staf pula merangkumi kepuasan pelajar terhadap
guru besar, guru penolong kanan, kakitangan sokongan
dan guru-guru melalui kerjasama serta bantuan dan minat yang ditunjukkan kepada
pelajar. Ini mencerminkan bahawa hubungan baik yang ditonjolkan daripada setiap
pihak di sekolah telah berjaya mewujudkan persekitaran pendidikan yang positif.
Selain aspek pengajaran-pembelajaran, semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh kakitangan sekolah
juga berjaya memberi
kepuasan kepada pelajar
di dalam mengharungi dunia
pendidikan di sekolah masing-masing.
Dapatan ini dilihat selari dengan pendapat Howard et al.
(1987) dimana beliau berpendapat pihak sekolah perlu menekankan lapan faktor utama di dalam mewujudkan iklim sekolah yang positif, antaranya ialah saling
menghormati idea orang lain, percaya-mempercayai untuk meningkatkan bakat dan keyakinan setiap pihak serta
semangat kekitaan untuk memastikan
setiap individu di sekolah merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada
sekolah.
Walaupun hanya terdapat dua item yang mendapat persepsi
rendah di kalangan pelajar, tetapi pihak sekolah
tidak boleh memandang
remeh perkata tersebut
dan tidak berusaha
9
untuk memperbaikinya. Item tersebut ialah tahap kepuasan
yang rendah terhadap tingkah laku rakan-rakan pelajar di dalam mahupun di luar
kelas. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, usaha sekolah untuk melahirkan
pelajar yang mempunyai peribadi murni sebagaimana yang disasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan akan menghadapi kesulitan. Kewujudan persepsi kurang
memuaskan terhadap tingkah laku.
6.3 Tindakan yang dijalankan.
Sebagai seorang pemimpin,saya
telah membuat satu analisis persekitaran dengan
kaedah analisis ishikawa untuk mendapatkan kekangan , kekurangan dan kekuatan dalam pengurusan sekolah.Sehubungan
ini,orang yang pertama kali menerangkan konsep ini, iaitu Encik Kaoru Ishikawa
(Ishikawa, Kaoru, Panduan Kawalan Kualiti, Pertubuhan Produktiviti Asia,
UNIPUB, 1976).Ia adalah alat yang merupakan kaedah untuk membantu proses
pemikiran kami dalam mencari punca masalah. Malah seorang pakar dalam bidang,
kadang- kadang digalakkan untuk juga melakukan langkah-langkah carian kerana
masalah dalam bidang kepakarannya menggunakan proses pemikiran berstruktur,
salah satunya menggunakan Gambar Rajah Ishikawa 6.3.1 . Ia telah digunakan
secara meluas, yang paling biasa adalah apa yang saya sebutkan di atas, dalam
dunia Kualiti dan Produktiviti industri pembuatan dalam meneroka
masalah, boleh menjadi kerugian, penemuan, penyelewengan,
analisis jurang, dll. Di kawasan lain seperti siasatan jenayah, pengangkutan
dan masalah penduduk, saya mendengar banyak di sana sini, kaedah ini juga boleh
menjadi alat untuk mencari akar masalah.Daripada kaedah ini,saya telah
mengetahui beberapa kekangan , masalah dan juga penyelasaian.
Didapati guru-guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan BBM ICT
di dalam kelas.Sebelum ini, saya telah membuat pemantauan pengajaran dan
pembelajaran guru-guru.Didapati guru-guru menggunakan LCD untuk proses PdPc namun sekolah ini hanya
mempunyai sebuah LCD sahaja. Pada satu-satu masa sebuah LCD sahaja dapat
digunakan manakala guru-guru lain tidak dapat menggunakan LCD untuk proses
PdPC.Sehubungnan itu,untuk memasang LCD di sesebuah kelas telah memakan 10
hingga 15 minit ,ini akan ganggu proses PdPc dan guru-guru tidak dapat
menjalankan PdPc dalam masa yang ditetapkan. Dalam penggunaan Smart TV, kita
boleh melakukan streaming filem , muzik, berbagai foto antara smartphone dan
komputer, , serta dapat menjelajahi internet melalui smart TV dengan mudah.
10
Sebagai pemimpin sekolah, saya telah mengadakan pertemuan di antara pemimpin pasukan kanan ,
pemimpin pasukan pertengahan dan
guru-guru matapelajaran untuk mendapatkan maklumat , idea dan penyelasaian bagi meningkatkan
mutu pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas dengan berkesan.Saya juga
telah mengadakan perjumpaan staf-staf sekolah , pengawal dan pekerja swasta
untuk menelitikan halatuju sekolah.Selain itu, saya juga telah mengadakan
pertemuan di antara pengurusan PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah untuk
seiringi halatuju sekolah.Saya juga telah mendapatkan dana untuk melengkapkan kemudahan PdPc di dalam kelas seperti Smart TV , Papan Putih , Sistem
pendawaian , keselesaan murid-
murid seperti kipas , lampu yang lama digantikan dengan baru.Pengurusan PIBG
telah memberikan dana tersebut untuk melengkapkan kemudahan-kemudahan
tersebut.Disamping itu, guru-guru juga diadakan beberapa PLC untuk meningkatkan
kualiti PdPc , penulisan RPH , Penyediaan BBM dan sebagainya.
Gambar rajah : 6.3.1
6.4 Dapatan Kajian
Sejajar dengan perkembangan semasa,murid-murid perlu diberikan
kemudahan yang baik untuk kemenjadian yang lebih efisyen.Pihak sekolah sentiasa
berusaha melakukan yang terbaik demi keselesaan dan kemudahan warga sekolah
termasuk penggunaan teknologi baharu dan terkini
dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc)
di dalam kelas untuk menarik minat murid.Salah satunya penggunaan smart TV.Penggunaan smart TV merupakan
satu
11
medium untuk guru-guru mengapilikasi teknologi dalam
pengajaran seiring dengan perkembangan semasa.selain mampu menarik minat untuk
belajar dan dating ke sekolah.
Selain itu, kebanyakan bahan bantu mengajar BBM dan nota
sekarang ini disediakan dan dibekalkan dalam bentuk soft copy.Penggunaan
Pendrive USB lebih mudah dengan hanya menyambung di Smart TV dan guru boleh
terus mengajar dan ini lebih menjimatkan masa dibandingkan penggunaan projector LCD yang memerlukan masa untuk
menggunakannya. Seterusnya Smart TV boleh disambung terus dengan smart phone
atau table phone untuk digunakan semasa PdPc tanpa perlu membawa laptop dan
alatan lain ke kelas.
Dengan ini , saya mendapatkan sokongan daripada Pengurusan
PIBG untuk mendapatkan dana bagi menyediakan peralatan ICT untuk pengajaran dan
pembelajaran di setiap kelas.Pengurusan PIBG telah memberi dana untuk membelikan 7 buah Smart TV untuk
proses PdPc.Smart TV dapat membantu guru-guru mahunpun murid-murid dalam
proses PdPc dengan berkesan.Guru-guru juga dapat mengakses internat untuk
dapatkan bahan-bahan bantu mengajar dengan secara live dan senang.Bahan-bahan
bantu mangajar yang ditunjukkan melalui smart TV dapat merangsang pemikiran dan
gerak geri murid-murid di dalam kelas.Dengan itu,Murid-murid sekolah telah
seronok dan minat datang ke sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan para guru
mengambil inisiatif dalam pembangunan kendiri bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikan
amalan pengajaran yang baru memampu memenuhi keperluan abad ke-21 seperti yang
dinyatakan dalam PPPM 2013-2025.
Terdapat empat kemahiran (4K) yang seharusnya dikuasai oleh
murid dalam pembelajaran abad ke-21 iaitu komunikasi,pemikiran
kritis,kolaboratif dan kreativiti. Tanggunjawab memupuk kemahiran pembelajaran
abad ke-21 dilihat sebagai sangat penting dalam visi mencapai PPPM 2013-2025
dan kesemua guru memainkan peranan utama dalam merealisasikan misi ini bagi
mencapai hasil yang terbaik.
Southeast Asian Teachers Competencies for the 21st century telah menyenaraikan kompetensi guru dalam Pendidikan abad ke-21 yang merangkumi i) Perkembangan kehidupan murid dan kemahiran kerjaya , ii) mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif , iii) memudah cara pembelajaran , iv) menyediakan rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan visi dan misi sekolah , v) memperkembangkan kemahiran berfikiran aras.
12
tinggi (KBAT) , vi) membangunkan dan menggunakan resos pengajaran dan pembelajaran ,
vii) meningkatkan etika , viii) mentaksir dan menilai
pencapaian murid , ix) membina hubungan dengan pemegang polisi Pendidikan.
Proses perancangan dan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21
perlu berasaskan empat prinsip utama iaitu i) pembelajaran berpusatkan murid ,
ii) pembelajaran kolaboratif , iii) pembelajaran kontekstual dan iv) melibatkan
komuniti.Selain itu, menyepadukan teknologi dalam rutin bilik darjah menjadi
satu kemestian yang perlu diamalkan oleh guru.Pengintegrasian teknologi
maklumat dan media serta menjadikannya bertepatan dengan pedagogi juga Teknik
pengajaran akan mempermudah dan menyokong murid mencapai kemajuan dalam
pembelajaran abad ke-21.Malah pengintegrasian teknologi menawarkan peluang
kepada murid untuk menguasai kemahiran -kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran
kolaborasi,kemahiran maklumat dan pembelajaran akses kendiri.
6.5 Refleksi Kajian.
Berdasarkan kajian yang dilakukan pelibatan murid-murid
dalam pengajaran dan pemudahcara sangat aktif dan seronok. Pengajaran dan
pembelajaran guru-guru di dalam kelas telah memberikan suatu impak yang
positif. Murid-muid tidak lagi
memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membuat latihan kerana
pengajaran melalui Smart TV telah memberi kesan yang baik.Murid-murid juga
telah sedia ada pengetahuan tentang pelajaran itu.
Sebagai seorang pemimpin , saya
merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya melihat pelibatan murid-murid
sangat aktif.Guru-guru pula telah menyediakan dan mencari Bahan Bantu Mengajar
untuk PdPc.Penggunaan smart TV telah memberi kelebihan kepada guru-guru untuk
menyalurkan maklumat dengan kadar segera.Saya juga telah mengadakan beberapa
learning walk didapati keseronokkan mengajar dalam kalangan guru-guru sangat
tinggi. Guru-guru juga telah mengamalkan pelbagai kaedah pengajaran di dalam
kelas.
6.6 Cadangan Kajian Tindakan
Seterusnya.
Cadangan ini diutarakan bagi menggalakkan perkembangan kajian dengan lebih mendalam terhadap aspek kajian yang dilakukan. Selain daripada itu, cadangan-cadangan ini juga diutarakan bagi mengatasi batasan yang wujud pada kajian ini, antaranya ialah:
13
a.
Kajian yang lebih teperinci boleh dilakukan meliputi
faktor-faktor persekitaran luaran sekolah seperti ekonomi, politik
dan sosial bagi mendapatkan gambaran atau analisis yang lebih jelas tentang
kedudukan sebenar pencapaian sekolah.
b.
Kajian juga boleh dilakukan
dengan menambah kumpulan
responden yang lebih besar
yang terlibat dengan sistem pendidikan sekolah seperti responden
yang meliputi satu negeri,
daerah atau kepada ibu bapa dan komuniti bagi mendapatkan persepsi yang lebih
jelas.
c.
Mempelbagaikan kaedah untuk
mendapatkan maklumat daripada pihak responden. Contohnya, kajian lanjut boleh
dilakukan dengan meningkatkan jumlah skala soal selidik secara deskriptif.
Selain daripada itu kajian juga boleh dilakukan melalui kaedah lain seperti
tinjauan, penyertaan ataupun temu bual bagi mendapatkan maklumat yang lebih
telus dan pelbagai.
d.
Mempelbagaikan skop responden
kajian. Sekiranya kajian hendak dilakukan kepada sekolah- sekolah jenis
kebangsaan Tamil. kajian boleh dilakukan dengan melibatkan murid- murid dari
tahun 1 hingga 6. Selain daripada itu, kajian juga boleh dilakukan kepada
pelajar sekolah menengah ataupun pengajian tinggi.
7.0 PENUTUP
Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada semua
responden sebagaimana yang disasarkan, kajian ini dapat dilaksanakan dengan
sempurna. Melalui dapatan kajian yang dilakukan, adalah amat diharapkan agar pihak sekolah
dapat lebih sensitif
terhadap keperluan analisis persekitaran sekolah di dalam usaha mewujudkan pengurusan sekolah berkesan
dan memasarkan sekolah.
14
RUJUKAN
1) AL Ramaiah,
(1992), “Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini”. Petaling Jaya.IBS Buku Sdn. Bhd.
2) AL Ramaiah,
(1995), “Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi
Dan Metodologi” Kuala Lumpu, Universiti Malaya.
3)
Davies, B. dan Ellison, L., (2004)., “Strategi Memasarkan Sekolah” Kuala
Lumpur: Institut
Terjemahan Negara Malaysia
Berhad.
4) Fidler, Brian.
(1999). “Perancangan Strategik Untuk Kemajuan Sekolah”
Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
Penterjemah: Abd Aziz Abd. Rahman.
5) Kotler P., (1997), “Marketing Management”, Englewood Cliffs,
Prentice Hall.
6)
Kotler, P. (1991)
“Marketing Management” Englewood Cliffs, NJ, Prentice
Hall.
7) Kotler,
P. dan Fox, K.F.A. (1985) “Strategic Marketing for Educational Institution”
Englewood Cliffs, NJ, Prentice Hall.
8) Noor
Azidah Binti Ahmad (2005) “Tinjauan Terhadap Kepuasan Latihan Dan Kepuasan
Kerja Di Kalangan Staf Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim” Universiti
Teknologi Malaysis: Tesis Sarjana.
9) Ungku Norulkamar U. Ahmad, Ebi Shahrin Suleiman,
Ruzita Selamat dan W.
Khairuzzaman W. Ismail (2003) “Tabiat Organisasi” Selangor, Prentice Hall.
15
No comments:
Post a Comment