Hari ini 01.10.2021 , Jumaat - Pengurusan sekolah telah mengadakan lawatan mesra ke rumah murid-murid sekolah di Taman Raja Musa , Ladang Bukit Talang , Ladang Riverside dan Kampung Nyior Bukit Belimbing. Sehubungan itu, Ketua Panitia Bahasa Melayu Cikgu Syukri dan Penyelaras Pemulihan Cikgu Manimaran telah mengedarkan modul Pemulihan kepada murid-murid turut bersama Guru Besar En.NJ. Ramasamy P.B.B .
Thursday, 30 September 2021
Thursday, 9 September 2021
PROGRAM PDPR PRASEKOLAH ILAMPARITHI SJKT LADANG RIVERSIDE
Kami pihak sekolah mengucapkan tahnuah dan terima kasih kepada Cik.E.Bavithara Guru Prasekolah dan Pn.Syafikah PPM atas usaha ini.
PROGRAM PANITIA - RBT 2021
Wednesday, 8 September 2021
Model Kurikulum Tyler
Model Kurikulum Tyler
Pendahuluan
Ralph Tyler telah memperkenalkan Model Kurikulum Tyler pada tahun 1949 dan dianggap sebagai model klasik. Model Kurikulum Tyler merupakan model kurikulum terawal dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum di Malaysia. Model ini memberikan penekanan kepada suatu pembelajaran yang terarah, dirancang dan dikelola oleh pihak sekolah. Tyler menegaskan bahawa untuk mencapai sesuatu tujuan, penggunaan objektif dalam perkembangan kurikulum sangat mustahak. Menurut beliau, penekanan yang perlu dititikberat dalam proses pendidikan ialah pembentukan tingkah laku. Berdasarkan model ini, terdapat perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku pelajar di mana perubahan yang berlaku ialah apabila setiap kali perubahan pernyataan objektif sekolah.
1. Menentukan
tujuan
Menentukan tujuan merupakan hal yang paling awal dan harus dikerjakan kerana tujuan akan menentukan arah atau sasaran pendidikan. Terdapat beberapa pertanyaan untuk mempermudah dalam menentukan tujuan, iaitu:
i. Mana halatuju
pendidikan murid-murid itu?
ii. Apakah
kemampuan yang harus dimiliki murid lepeasa mengikuti program pendidikan?
iii. Dari mana
dan bagaimana kita menentukan tujuan pendidikan ?
Sebagai contoh
seorang guru perlulah menentukan tujuan apabil menyediakan racangan pelajaran
harian untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran sesuatu matapelajaran
supaya guru itu dapat mencapai objektif pada sesuatu pelajaran.Pertanyaan di
atas dapat dijadikan acuan dalam menetukan tujuan agar tujuan yang dikehendaki
akan dapat difokuskan dan direalisasikan. Dalam merumuskan tujuan, ada beberapa
perkara-perkara yang perlu diambilkira seperti faktor pelajar, sekolah,
kehidupan masa kini, disiplin ilmu, falsafah, dan psikologi belajar.Dalam
menentukan tujuan, ia bergantung kepada falsafah pendidikan yang
diamalkan. Terdapat 3 tujuan kurikulum
iaitu:
I. 1.1 Disipline oriented
Tujuan kurikulum bersifat discipline oriented menekankan pada penguasaan teori-teori yang ada dalam disiplin ilmu. Jadi dalam merumuskan tujuan diambil dari teori-teori para ahli.
II. 1.2 Child centered
Bersifat child centerd
bererti berpusat pada anak didik, dalam merumuskan tujuan harus disesuaikan
dengan bakat minat anak didik, keperluan anak didik dan kemampuan anak didik.Misalnya
seorang guru perlu menjalankan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
supaya murid-murid berfikir dan menjawab sesuatu subjek dengan sendiri.Dengan ini murid-murid dapat
berfikiran kreatif ,kritis dan berfikiran aras tinggi.Guru dapat memberi
peluang kepada murid supaya komunikasi dua hala.Sehubungan ini guru itu dapat
mencungkil bakat atau kepelbagaian kecerdesan murid.
Society centered bermaksud berpusat pada kehidupan masyarakat. Jadi dalam merumuskan tujuan lebih ditekankan untuk kehidupan masyarakatnya sendiri. Tujuan kurikulum harus sesuai dengan keadaan lingkungan masyarakat, keadaan sosial ekonomi masyarakat, apa yang diperlukan dan harus sesuai dengan falsafah pendidikan yang diamalkan.Walaupun secara teori tampak begitu tajam pertentangan antara kurikulum yang bersumber dari displin akademik, kurikulum yang bersumber dari keperluan pribadi dan keperluan masyarakat, akan tetapi dalam praktiknya tidak setajam apa yang ada dalam teori. Anak adalah organisme yang unik, yang memiliki berbagai ragam yang berbeza. Ia juga adalah makhluk sosial yang berasal dari masyarakat dan akan kembali kepada masyarakat, oleh kerana itulah tujuan kurikulum apa pun bentuk dan modelnya pada dasarnya harus mempertimbangkan berbagai sumber untuk kepentingan individu dan kepentingan masyarakat.Sehubungan itu,kerajaan Malaysia sentiasa mengkaji dan mengaplikasikan isu-isu semasa dan peradaban kemasyarakatan pada masa kini dalam buku teks di sekolah supaya murid-murid akan mengikuti kehidupan masyarakat dan situasi sosio budaya pada masa kini.Saya sebagai seorang guru sentiasa menekankan dan mengajar sosio budaya dan social ekonomi kepada murid-murid supaya mereka akan mengikuti arus peredaran zaman masa kini.
2. Menentukan pengalaman belajar
Pengalaman belajar yang dimaksud adalah adalah segala aktiviti dalam berinteraksi dengan persekitaran. Jadi dalam merumus kurikulum perlu memperhatikan latar belakang pendidikan anak didik dan pengalaman anak didik. Penyusunan kurikulum perlu mengambilkira persepsi anak didik agar mereka dapat bersedia dari segi mental dan emosi mahupun dalam bentuk perlakuan.Pengalaman belajar perlu dititikberatkan semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Dengan ini murid-murid minat akan pelajaran pada masa itu.Pengalaman belajar juga membantu seseorang guru untuk membawa pembelajaran dengan senang.Ini juga membantu murid-murid untuk berfikir dan menjawab sesuatu soalan yang ditanya oleh gurunya.Saya seorang guru menjalankan kaedah flip classroom.Saya akan memberi sesuatu video mengenai kebaikan menghargai alam sekitar sebelum sehari pengajaran dan pembelajaran melalui google classroom.Murid-murid berkenaan akan mencatat kebaikan dalam kertas dan membawa ke sekolah.Keesokkan hari saya akan menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan senang.Objektif pelajaran hari itu senang akan capai.
3. Mengorganisasi pengalaman belajar
Mengorganisasi pengalaman belajar merupakan hal yang sangat penting. Pengalaman belajar perlu diorganisasikan agar terstruktur sehingga lebih mudah dalam merumus kurikulum dan hasilnya dapat dimaksimakan. Pengorganisasian ini boleh saja berbentuk mata pelajaran mahupun dalam bentuk program.Langkah pengorganisasian ini sangatlah penting, sebab dengan pengorganisasian yang jelas akan memberikan petunjuk kepada pelaksanaan proses pembelajaran sehingga menjadi suatu pengalaman belajar yang nyata bagi pelajar. Ada beberapa prinsip menurut Tyler (1950: 55) dalam mengorganisasi pengalaman belajar, iaitu sebagai berikut.
Prinsip kesinambungan ada yang bersifat vertikal dan horizontal. Bersifat vertikal maksudnya bahawa pengalaman belajar yang diberikan harus memiliki kesinambungan yang diperlukan untuk pengembangan pengalaman belajar selanjutnya. Contohnya, apabila anak diberikan pengalaman belajar tentang pengembangan kemampuan membaca bahan-bahan pelajaran bersifat kemasyarakatan, harus diyakini bahawa pengalaman belajar tersebut akan diperlukan untuk mengembangkan keterampilan berikutnya, contohnya ketermapilan memecahkan masalah-masalah sosial. Prinsip kesinambungan yang bersifat horizontal bermaksud suatu pengalaman yang diberikan pada siswa harus memiliki fungsi dan bermanfaat untuk memperoleh pengalaman belajar dalam bidang lain. Contohnya pengalaman belajar dalam bidang matematik harus dapat membantu untuk memperoleh pengalaman belajar dalam bidang ekonomi ataupun dalam bidang lain.
Prinsip kesinambungan mempunyai hubungan yang erat, perbezaannya hanya terletak pada aras kesulitan dan keluasan skop. Ini bermaksud setiap pengalaman belajar yang diberikan kepada pelajar harus turut sama memerhatikan tahap perkembangan pelajar. Pengalaman belajar yang diberikan dalam kelas Tahun 3 harus berbeza dengan pengalaman pada kelas seterusnya.Saya akan menyediakan rancangan pelajaran harian dengan merentasi kurikulum untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.Sebagai contohnya Apabila saya akan menjalankan pelajaran mengenai kebaikan menghargai alam sekitar,saya akan menghubungkaitkan matapelajaran lain seperti pendidikan seni visual (melukis gambar alam sekitar),matapelajaran sains dan sebagainya.
4. Penilaian
Evaluasi dilakukan untuk mengetahui apakah tujuan yang telah ditetapkan dalam kurikulum tercapai atau tidak. Dalam menilai terdapat 2 aspek yang perlu diberi perhatian iaitu:Evaluasi harus menilai apakah ada perubahan tingkah laku pelajar sesuai dengan tujuan yang telah ditetapkan.Penilaian sebaiknya menggunakan lebih dari satu alat ukur dalam suatu waktu tertentu.Saya sebagai guru saya akan menilai murid dengan pentaksiran bilik darjah.Murid-murid akan nilai semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan supaya saya akan dapat mengenal pasti pencapaian dan kefahaman murid-murid dalam sesuatu pelajaran.
Terdapat 2 fungsi penilaian sebagai perkara yang penting dalam pengembangan kurikulum
1.Fungsi sumatif
Yang dimaksud fungsi sumatif adalah penilaian digunakan untuk memperoleh data tentang pencapaiaj pelajar. Dengan adanya penilaian kita dapat mengetahui bagaimana tahap pencapaian tujuan atau tahap penguasaan isi kurikulum oleh setiap pelajar.
2.Fungsi formatif
Fungsi formatif ini digunakan untuk melihat tingkat efaktif proses pembelajaran, adakah program yang telah ditetapkan sudah dianggap sempurna atau masih perlukan penambahbaikan.
Sedangkan
menurut Model Objectives Tyler berpendapat bahawa penilaian kurikulum sebagai
pengukuran performa anak didik terhadap tujuan perilaku yang sudah dirumuskan.
Selain itu masih ada beberapa model lainnya yang menjurus kepada penilaian
terhadap ketercapaian objektif, iaitu :Hammond,
lebih berfokuskan kepada pengaruh
faktor institusional dan instruksional di dalam mencapai tujuan.Provus,
memfokuskan kepada apakah terdapat perbezaan antara pengamatan kurikulum dan
standard atau tujuan yang sudah dipersetujui.
Kesimpulanya
Inila kretiria
yang saya akan aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat mengembangkan
pengalaman belajar.
KAJIAN TINDAKAN
Apa itu Kajian Tindakan ?
Secara amnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain; untuk mengubah dan menambah baik amalan sedia ada.GURU , PENTADBIR DAN KAUNSELOR SEKOLAH YG MENJALANAKAN PDPC.kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya.
Guru juga boleh menjalankan penyelidikan ke atas para pelajarnya bagi mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka dalam memahami sesuatu perkara atau topik yang diajar. Guru akan beroleh maklumat bagi merangka suatu tindakan yang bakal diambil, diikuti oleh suatu penyemakan sama ada tindakan yang diambil itu berkesan atau tidak. Sekiranya tidak berkesan, maklumat baru akan dikumpul bagi membuat tindakan susulan dengan diikuti penyemakan seterusnya. Penyelidikan ini dijalankan secara berterusan sehinggalah penyelesaian ditemui untuk masalah yang dihadapi. Oleh itu, kajian tindakan boleh dikatakan menghubungkan suatu penyelidikan dengan tindakan agar tindakan yang diambil oleh guru adalah tindakan yang berasaskan fakta atau maklumat yang diperoleh melalui penyelidikan yang dijalankan oleh guru sendiri sebagai pengamal.\
Elliot (1981) - Elliot menyifatkan kajian tindakan sebagai suatu
kerangka penilaian kendiri (framework for self evaluation) dan
pendekatan yang digunakan, mementingkan aktiviti refleksi dan inkuiri yang
bertujuan untuk memperbaiki atau mengubah amalan kendiri dalam lingkungan
situasi sosial yang terdiri daripada guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan
individu-individu lain yang berkepentingan. Menurutnya, kajian tindakan juga
merupakan penyelidikan situasi sosial yang bertujuan untuk memperbaiki kualiti
tindakan dalam lingkungan sendiri. Definisi yang selalu dijadikan rujukan,
khususnya di Malaysia, ialah kajian tindakan guru berkaitan dengan permasalahan
harian yang dilalui oleh guru, bukannya masalah teoritikal seperti mana yang
dikemukakan oleh penyelidik akademik.
Ebbut (1985) - Ebbut mendefinisikan kajian tindakan sebagai suatu penyelidikan yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
McNiff (1988) - McNiff mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya. Kajian ini melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka, di samping melibatkan guru-guru lain.
Cochran
& Lytle (1990) - Cochran &
Lytle mentakrifkan kajian tindakan sebagai penyelidikan berasaskan bilik darjah
yang merupakan inisiatif guru dan dilaksanakan oleh guru. Penyelidikan yang
dijalankan membolehkan guru meneroka isu-isu yang menarik perhatian mereka.
Pendekatan ini juga membolehkan ilmu guru dijadikan sebahagian daripada
literatur pendidikan dan seterusnya, secara tidak langsung, menyumbang ke arah
pembinaan struktur pendidikan.
Kember
& Gow (1992) - Kember & Gow menyatakan kajian tindakan
melibatkan pengamal (guru) yang cuba membaiki pengajaran mereka melalui
lingkaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian, dan
refleksi.
Calhoun (1993) - Calhoun menyatakan bahawa kajian tindakan
boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kajian tindakan individu
(individual action research), di mana kajian tindakan dilaksanakan oleh guru
secara bersendirian; kajian tindakan kolaboratif (collaborative action
research), iaitu penyelidikan yang dilaksanakan oleh sekumpulan guru dengan
individu di institusi pengajian tinggi atau yang setaraf dengannya; school wide
action research, iaitu penyelidikan yang melibatkan seluruh staf atau guru
bersama konsortium sekolah.
McBride & Schostak (1994) - kajian tindakan merupakan refleksi tentang
pengajaran sendiri yang dilakukan dalam satu putaran perubahan, di mana fokus
utama adalah untuk memperbaiki amalan kendiri.
JENIS KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu kajian tindakan teknikal (technical action research), kajian tindakan praktikal (practical action research) dan kajian tindakan bebas (emancipatory action research) (Carr & Kemmis 1986; Grundy 1982). Menurut pengkaji-pengkaji ini, tujuan kajian tindakan teknikal adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan pendidikan atau lebih tertumpu kepada produk. Projek di bawah jenis ini (kajian tindakan jenis teknikal) dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamal-pengamal banyak bergantung pada fasilitator tersebut.
Kajian tindakan praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal menyelidik secara bersama dan mengalakkan penglibatan serta refleksi kendiri pengamal-pengamalnya. Sementara kajian tindakan bebas adalah masih melibatkan fasilitator dan pengamal penyelidik bersama secara kolaboratif. Kajian tindakan bebas menggalakkan tanggungjawab dikongsi sama rata oleh pengamal dan pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan demokrasi.
Bagi Calhoun (1993) pula, beliau membahagikan kajian tindakan kepada tiga senario iaitu kajian tindakan individu (individual action research), kajian tindakan kolaboratif (collaborative action research) dan kajian tindakan seluruh sekolah (school wide action research). Kajian tindakan individu adalah kajian yang dilaksanakan secara individu manakala kajian tindakan kolaboratif pula dilaksanakan oleh kumpulan guru secara sukarela dengan pensyarah universiti. Kajian tindakan seluruh sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh kakitangan dan guru sekolah secara bersama melaksanakan kajian.
McNiff et al (2002) membahagikan kajian tindakan kepada tiga pendekatan iaitu, pertama, pendekatan interpretif (interpretive approaches) iaitu pendekatan yang mengakui kewujudan pengamal sebagai peserta kajian yang sebenar di dalam kajian; kedua, pendekatan teoritik kritikal (critical theoritic approaches) iaitu pendekatan yang membolehkan orang menjadi sedar tentang kekuatan sejarah dan budaya yang telah mempengaruhi mereka dan situasi serta proses membuat teori adalah terhad pada kenyataan secara retorik daripada wujud dalam amalan mereka sendiri; dan ketiga, pendekatan teori hidup (living theory approaches) iaitu pendekatan yang menggalakkan pengamal sendiri yang mengemukakan penghuraian dan penjelasan mereka bagi pembelajaran mereka sendiri.
Walau apapun jenis atau senario ataupun pendekatan kajian tindakan yang
dikemukakan, tujuan utama seharusnya adalah untuk menambahbaikkan amalan secara
sistematik. Malahan tiga jenis kajian tindakan yang diutarakan boleh dilihat
sebagai peringkat-peringakat perkembangan dalam amalan kajian tindakan . Kajian
tindakan boleh dimulakan dengan kajian tindakan teknikal, perlahan-perlahan
berkembang kepada kajian tindakan praktikal dan seterusnya kepada kajian
tindakan bebas.
International Fun Walk 3.0
International Fun Walk 5KM -3.0, 14.01.2023 - Stadium Kuala Selangor . Thank to co-curricular unit.
-
Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 20 Mei 2022 - SJK Tamil Ladang Riverside , Kuala Selangor hari ini telah melancarkan progra...
-
LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SJK TAMIL LADANG RIVERSIDE KE SJK TAMIL BUKIT ROTAN BARU TARIKH : 28 APRIL 2022 HARI : KHAMIS ...
-
Watikah Pelantikan Pengawas , Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas. Majlis penyampaian watikah perlantikan pengawas Sekolah , SJK Tamil La...