Thursday, 28 April 2022


LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SJK TAMIL LADANG RIVERSIDE 

KE 

SJK TAMIL BUKIT ROTAN BARU


TARIKH : 28 APRIL 2022

HARI : KHAMIS

MASA : 10.00 AM - 1.00 PM

TEMPAT : PUSAT SUMBER SJK TAMIL BUKIT ROTAN BARU,KUALA SELANGOR

 

SEKOLAH  SJK TAMIL LADANG RIVERSIDE , KUALA SELANGOR , TELAH MENGADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT SUMBER SEKOLAH SJK TAMIL BUKIT ROTAN BARU, KUALA SELANGOR.

LAWATAN YANG MELIBATKAN 3 ORANG GURU SEKOLAH  TERMASUK GURU BESAR, GPK PENTADBIRAN DAN PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH  BERTUJUAN BERKONGSI MAKLUMAT DAN BERTUKAR-TUKAR IDEA BERKENAAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.

SEMOGA LAWATAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA KEDUA-DUA BELAH PIHAK DAN DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA KEDUA-DUA SEKOLAH.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEKOLAH BRB  KERANA SUDI MENERIMA KUNJUNGAN KAMI.
















Tuesday, 5 April 2022

ACTION RESEARCH - Analisis Persekitaran Dalaman Sekolah



KANDUNGAN

Abstrak                                                                                                                     i

1.0 Pengenalan                                                                                                                     1 - 2        

2.0 Latarbelakang kajian                                                                                                    2 - 3                                                                                            

3.0 Fokus Kajian / Isu keperihatinan                                                                               3 - 4

4.0 Objektif kajian                                                                                                                  4

5.0 Kumpulan sasaran                                                                                                         5 - 6

6.0  Pelaksanaan kajian                                                                                                       6 - 14

6.1  Tinjauan awal masalah

6.1.1  Pemerhatian

6.1.2  Soal Selidik Murid

6.1.3  Soal Selidik Guru

6.2  Analisis tinjauan maslah

6.2.1  Persepsi guru

6.2.2  Persepsi murid

6.3  Tindakan yang dijalankan

6.4  Dapatan kajian

6.5  Refleksi kajian

6.6  Cadangan kajian Tindakan seterusnya

7.0 Penutup                                                                                                                         14

 

15

 

 

Rujukan     
Lampiran 1

Lampiran 2

Sekalung Budi


Tajuk :

ANALISIS PERSEKITARAN DALAMAN

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG RIVERSIDE

Oleh : Ramasamy Nadesan P.B.B

Guru Besar

SJK Tamil Ladang Riverside,Kuala Selangor

 

 

 

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan mutu dan kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran guru-guru di sekolah.Sebanyak 10 orang guru akan mengikuti kajian ini dan 20 orang murid terlibat dalam rensponden kajian ini.Pada awal kajian Tindakan ini saya telah membuat pemerhatian dan membuat pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru-guru sekolah ini.Didapati guru-guru menjalankan PdPc dengan baik tetapi tiada penggunaan ICT serta tiada amalan pembelajaran abad ke -21. Selain itu,kemudahan -kemudahan untuk membantu proses pengajaran dan pemudahcara cemerlang di dalam kelas tidak mencukupi seperti papan putih , LCD , keselesaan keadaan bilik dan sebagainnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

i

                                                                                                                


1.0 PENGENALAN 

Pada hari ini, pihak sekolah bukan sahaja berdepan dengan cabaran untuk melahirkan bentuk pengurusan sekolah yang berkesan, malahan perlu berusaha keras di dalam menjayakan langkah untuk mengetengahkan sekolah masing-masing samada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa melalui usaha pemasaran yang berkesan.Berdasarkan sasaran pucuk pimpinan negara , kejayaan hanya boleh dijamin seandainya wujud kerjasama yang jitu daripada segenap lapisan masyarakat di dalam pendidikan, khususnya mereka yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak di dalam dunia pendidikan.

Hodge B.J. (2003) dalam Organization Theory mentakrifkan pengurusan sebagai suatu proses yang berterusan meliputi proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penilaian dan pengawalan terhadap segala tugas dan tanggungjawab setiap ahli di dalam sesebuah organisasi berdasarkan penggunaan sumber yang dimiliki bagi mencapai setiap objektif yang telah ditetapkan. Henry Mintzberg (1980) pula berpendapat, pengurusan sebagai usaha untuk meramal dan merancang, mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal manakala Adam J.S. (1976) berpandangan pengurusan sebagai satu proses sosial yang terdiri daripada perancangan, kawalan, koordinasi dan motivasi.

Pemasaran pula dilihat sebagai suatu proses pengiklanan dan promosi jualan yang dilakukan oleh sesebuah organisasi bagi memastikan segala produk atau perkhidmatan yang dihasilkan sampai kepada pengguna akhir pada nilai-nilai tertentu yang seterusnya mampu melonjakkan organisasi tersebut di dalam pasaran semasa melalui rangkaian aktiviti yang pelbagai merangkumi proses perancangan, perlaksanaan pembangunan keluaran, promosi, agihan dan sebagainya. Pada hari ini, pemasaran memainkan peranan yang amat penting di dalam meningkatkan daya saing dan kelangsungan hidup sesebuah organisasi. Pemahaman terhadap kepentingan pengurusan pemasaran startegik bukan hanya perlu diketahui oleh mereka yang terlibat di dalam sektor pembuatan produk tetapi juga perlu dikuasai oleh semua sektor meliputi sektor perkhidmatan.

Menurut Philip Kotler (1997), pemasaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses sosial yang mengarahkan pengaliran keluaran dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi daripada pihak pengeluar kepada pengguna dan dalam masa yang sama mampu memenuhi permintaan pengguna dan menyempurnakan matlamat organisasi serta masyarakat. Walau

 

 

1                                                                                                          

bagaimanapun, terdapat kesepakatan takrif yang sering digunakan oleh kebanyakan pihak di dalam menyatakan maksud pemasaran secara menyeluruh, iaitu suatu proses perancangan dan perlaksanaan pembangunan, penentuan harga, promosi dan pengagihan barangan serta perkhidmatan (Malcolm H.B., 1992).

Berdasarkan takrifan yang dinyatakan di atas, pemasaran digambarkan sebagai satu kerangka perlaksanaan yang berterusan serta merangkumi konsep 4P, iaitu suatu proses perancangan dan perlaksanaan konsepsi, perletakan harga, promosi dan pengedaran idea, barangan dan perkhidmatan oleh sesebuah organisasi kepada para pengguna bagi menghasilkan nilai tukaran yang dapat memuaskan pengguna dan memenuhi matlamat organisasi (Philip Kotler, 1997).

2.0 LATARBELAKANG KAJIAN 

Di dalam dunia pendidikan, pemasaran dilihat sebagai satu urusan transaksi yang berlaku di antara sekolah selaku pembekal dan para pelajar, ibu bapa mahupun komuniti setempat selaku pengguna. Pemasaran di dalam pendidikan ditafsirkan sebagai cara bagaimana sekolah berkomunikasi dan mempromosikan tujuan, nilai dan produk kepada para pelajar, ibu bapa, staf dan masyarakat umum secara aktif (Davies dan Ellison, 1997).

Keperluan pemasaran sesebuah sekolah berpusat kepada hubungan kualiti pendidikan yang berupaya ditawarkan serta tarikan pengekalan pelajar yang mampu dilakukan oleh sesebuah institusi. Sesebuah sekolah yang mampu menyediakan kualiti pendidikan yang terbaik juga masih memerlukan pemasaran sebagai saluran penyampaian informasi kepada pelanggan. Sesungguhnya kebaikan atau kualiti yang cemerlang di sesebuah sekolah tidak dapat membawa sebarang ganjaran dengan sendirinya dan masih memerlukan strategi pemasaran yang terancang sebagai entiti perantaraan yang dominan. Kewujudan persekitaran yang positif dan memberangsang di sekolah tidak dapat menjamin kejayaan dan keutuhan sekolah itu dengan sendiri melainkan diketahui pelanggan dan komuniti lain dan yang lebih penting dihargai.

Sehubungan itu, pengurusan sekolah ini terdapat banyak kekurangan dari segi kemudahan ICT , kemudahan peralatan PdPc dan sebagainya.Selain itu , Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru-guru tahap sederhana sahaja.Guru-guru ini juga tidak mempunyai motivasi diri untuk mencemerlangkan sekolah di Daerah Kuala Selangor. 

2

Namun, murid-murid sekolah ini juga tidak bersedia untuk belajar dan malas datang ke sekolah kerana mereka menjadi bosan.Cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas secara tradisional. (chalk and talk).Guru-guru kurang menggunakan bahan bantu mengajar ,tidak menggunakan kaedah PAK 21 dan sebagainya dalam PdPc.Dengan ini,murid-murid tidak minat untuk belajar.Kadang-kala guru-guru menjalankan PdPc dengan baik kerana pemimpin sekolah mengadakan pemantauan PdPc.Selepas itu, guru-guru telah kembali PdPc secara normal.

Selain itu, kepimpinan sekolah sebelum ini tidak menumpukan pembangunan profesionalisme keguruan.Pada hal,Pembangunan profesionalisme keguruan telah dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Transformasi Sekolah 2020 – 2025 (PPPM).Terdapat pelbagai pembangunan profesionalisme untuk guru-guru disusunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia tetapi 80% guru-guru sekolah ini tidak dipraktiskan seperti Coching dan Pementoran , PLC , Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke -21 dalam PdPc , Penerapan KBAT ,iThink dan sebagainya.Kepercayaan ibubapa terhadap pengurusan sekolah dan guru-guru juga tidak memuaskan.

Pihak sekolah perlu peka terhadap kelainan dan keunikan yang dilakukan di sekolah masing- masing yang boleh membezakan sekolah mereka dengan sekolah- sekolah lain. Melalui pengurusan pemasaran yang berkesan, pihak sekolah boleh berusaha untuk menyerlahkan perkara tersebut kepada awam. Usaha seumpama ini secara tidak langsung boleh membantu mengetengahkan sekolah agar menjadi fokus tarikan serta pengekalan pelajar dan masyarakat umum dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, saya telah berbincang dengan SLT , MLT dan guru-guru serta staf sokongan untuk mengembangkan dan membangunkan sekolah dengan kualiti dalam kalangan guru- guru dan murid-murid sekolah dalam 10 bulan ini.

3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Bagi memastikan rancangan pemasaran sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan, sesebuah sekolah perlu membuat analisis terhadap institusi itu sendiri bagi mengenalpasti keupayaan atau kekuatan yang dimiliki sebelum mengatur startegik yang lebih terperinci. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pihak sekolah akan lebih jelas terhadap kedudukan sebenar institusi sekolah masing-masing sebelum membuat perancangan pembangunan. 

3

selari dengan pelbagai cabaran yang sedia ada. Selain daripada itu, untuk mengenalpasti setiap keperluan para pelanggan yang terlibat dengan institusi sekolah samada secara langsung atau tidak, pihak sekolah juga perlu membuat analisis ke atas situasi sebenar di sekolah. Melalui analisis yang terancang, pihak sekolah mampu mengenalpasti pelbagai aspek yang perlu diberi keutamaan bagi tujuan penilaian, perubahan mahupun penambahbaikan.

Sehubungan itu,saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya didapati bahawa 10 orang guru kurang mempunyai kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Penerapan pembelajaran PAK ke-21 ,aktiviti-aktiviti kumpulan dan iThink sangat rendah. Selain itu,motivasi guru-guru di sekolah ini amat rendah.Mereka kurang percaya terhadap pemimpin sekolah terdahulu dan kini. Dengan ini saya telah mengaturkan beberapa strategik dan Langkah mengatasinya untuk meningkatakan kualiti dalam PdPc guru-guru melalui amalam pembelajaran abad ke 21 dan kemenjadian murid-murid.

4.0    OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai objektif tersebut:

4.1  ) Objektif Am

4.1.1    Meningkatkan kemahiran dan kualiti guru-guru dalam PdPc.

4.2  ) Objektif Khusus

4.2.1    Guru-guru dapat memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan betul.

4.2.2    Guru-guru boleh membezakan pengajaran dan pembelajaran tradisional dan PdPc PAK-21.

4.2.3    Untuk mengenalpasti tahap analisis persekitaran dalaman sekolah berdasarkan persepsi guru.

4.2.4    Untuk mengenalpasti tahap analisis persekitaran dalaman sekolah berdasarkan persepsi pelajar.

4

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan guru yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 10 orang guru. 3 orang guru lelaki dan 6 orang guru perempuan. Kumpulan sasaran kedua adalah terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan dari tahun 4 hingga 6.

6.0    PELAKSANAAN KAJIAN

 

Metodologi kajian merujuk kepada cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berguna dengan kos yang minimum dalam mencapai sesuatu penyelidikan (Majid Konting, 1990)

Bagi memberi fokus khusus, bab ini akan menerangkan pemilihan metodologi kajian yang sesuai untuk diaplikasi bagi mencapai tujuan kajian asal. Untuk membincangkan metodologi kajian ini, beberapa aspek akan diberi penekanan iaitu rekabentuk kajian, lokasi kajian, populasi dan instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan seterusnya analisis data.

6.1  Tinjauan Awal Masalah 

Tinjauan awal terhadap masalah yang dikenalpasti dan Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan pemerhatian dan sola selidik.

6.1.1    Pemerhatian :

Saya telah memerhati pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas mahupun di luar kelas tetapi guru-guru masih tidak dapat menyediakan BBM yang merangsang murid- murid,RPH yang disediakan masih tidak mengikuti kreteria PAK-21 , Objektif pembelajaran masih kurang mencapai dalam sesuatu PdPc.Disamping itu,kemudahan -kemudahan untuk membantu PdPc tidak dapat dipenuhi oleh pengurusan sekolah. Penglibatan murid-murid juga kurang aktif dalam sesuatu PdPc.Murid-murid juga kurang berminat dengan PdPc biasa.

6.1.2    Soal selidik murid

Soal selidik pelajar direka berdasarkan beberapa soalan bagi melihat persepsi mereka terhadap beberapa persoalan meliputi latar belakang pelajar dan persepsi mereka terhadap persekitaran dalaman sekolah masing-masing. Berikut adalah pembahagian yang dilakukan di dalam soal selidik pelajar, iaitu:- 

5                                                                                                             

Bahagian A (Latar Belakang Responden)

Bahagian ini mengandungi item-item yang digunakan untuk mendapatkan maklumat latar belakang pelajar yang terlibat sebagai responden. Responden hanya perlu menandakan di dalam petak-petak yang disediakan berkaitan dengan diri responden. Maklumat latar belakang ini terdiri daripada jantina dan tempoh belajar di sekolah berkenaan.

Bahagian B (Persepsi Persekitaran Dalaman Sekolah)

Bahagian ini mempunyai tujuh elemen atau gagasan penting yang akan dinilai oleh para pelajar. Pembahagian elemen-elemn ini adalah berdasarkan persoalan-persoalan yang akan dikaji.

6.1.3    Soal Selidik Guru

Soal selidik guru direka bagi mendapatkan maklumbalas atau data daripada pihak guru. Soal selidik berkenaan dibahagikan kepada dua bahagian yang meliputi maklumat latar belakang responden dan soalan-soalan berkaitan persepsi guru terhadap persekitaran dalaman sekolah masing-masing. Berikut adalah maklumat ringkas bagi pembahagian yang dilakukan pada soal selidik guru, iaitu:-

Bahagian A (Latar Belakang Responden)

Bahagian ini mengandungi item-item yang diguna untuk mendapatkan maklumat latar belakang guru yang terlibat sebagai responden. Responden hanya perlu menandakan di dalam petak-petak yang disediakan berkaitan dengan diri responden. Maklumat latar belakang ini terdiri daripada jantina, pengalaman mengajar dan tempoh mengajar di sekolah.

Bahagian B (Persepsi Persekitaran Dalaman Sekolah)

Bahagian ini mempunyai tujuh elemen atau gagasan penting yang akan dinilai oleh guru-guru. Pembahagian elemen-elemn ini adalah berdasarkan persoalan-persoalan yang akan dikaji. 

6


6.2    Analisis Tinjauan Masalah

6.2.1  Tahap Analisis Persekitaran Dalaman Sekolah Berdasarkan Persepsi Guru.

Hasil kajian mendapati bahawa tahap analisis persekitaran dalaman sekolah berdasarkan persepsi guru adalah sederhana. Ini menunjukkan guru-guru bersetuju terhadap faktor-faktor persekitaran dalaman sekolah iaitu komunikasi, persekitaran kerja, persekitaran profesional, kualiti pendidikan, sokongan profesional, pihak pengurusan dan am yang dijadikan elemen penilaian persepsi.

Faktor persekitaran kerja pula mempunyai persepsi paling kurang memuaskan secara keseluruhan iaitu mencakupi persepsi berhubung kemudahan bilik staf, kelengkapan bilik pengajaran, kelengkapan bahan pengajaran, bilangan pelajar di dalam kelas dan kemudahan perpustakaan di sekolah. Hasil kajian ini selari dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Hamzah (1994) berhubung persekitaran kerja yang meliputi semua bentuk hubungan faktor fizikal, psikologi dan sosial, suasana dan kejadian yang berlaku di tempat kerja mempengaruhi organisasi dan pekerja. Dapatan ini juga menyamai kajian oleh Oldham (1987) yang mendapati keadaan fizikal tempat kerja yang kurang selesa menyebabkan wujud ketidakpuasan kerja dalam kalangan kerani.

Berdasarkan dapatan yang kontra ini, ianya jelas menunjukkan bahawa walaupun guru-guru kurang berpuashati terhadap persekitaran kerja mereka tetapi mereka berusaha meningkatkan kualiti pendidikan yang ditawarkan kepada pelajar. Oleh yang demikian pihak sekolah perlu prihatin untuk menyeimbangi keperluan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar di dalam usaha meningkatkan prestasi serta keberkesanan sekolah.

Walaupun persepsi keseluruhan guru berada pada tahap sederhana, namun terdapat dua item yang mendapat persepsi tahap tinggi, iaitu kepercayaan terhadap pengaruh sistem disiplin kepada pendidikan pelajar (item kualiti pendidikan) dan bantuan daripada rakan- rakan sejawat kepada guru-guru (item sokongan professional). Oleh yang demikian, pihak pengurusan sekolah perlu memberi penekanan terhadap peranan disiplin dalam menjamin keutuhan proses pembelajaran dan pendidikan dalam kalangan pelajar dan warga sekolah keseluruhannya.

7                                                                                                          

Sokongan rakan sejawat dalam kalangan guru juga dilihat sebagai salah satu penyumbang ke arah pembentukan persekitaran profesional guru yang positif dan secara tidak langsung dapat membantu melancarkan usaha pihak sekolah di dalam memberikan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar khususnya. Dapatan ini selari dengan pendapat Herzberg et al. (1959) di mana beliau menyatakan interaksi sosial di tempat kerja adalah punca kepuasan dalam kalangan pekerja. Khaleque dan Rahman (1987) pula mendapati hubungan yang baik dengan rakan pekerja merupakan faktor utama bagi meningkatkan kepuasan kerja.

Walau bagaimanapun, terdapat ketidakseimbangan persepsi dalam kalangan guru apabila terdapat empat persepsi yang berada pada tahap rendah. Antara item-item persepsi tersebut ialah kekurangan maklumat daripada ibu bapa kepada para pelajar berhubung jangkaan tingkah laku anak-anak mereka (item komunikasi), kemudahan bilik guru yang kurang memuaskan, bilangan pelajar yang dilihat tidak sesuai di dalam kelas (item persekitaran kerja) dan agihan bebanan tugas yang kurang adil (item persekitaran profesional). Oleh yang demikian, pihak pengurusan sekolah perlu mengambil serius terhadap perkara ini dan berusaha untuk mencari jalan keluar yang lebih terancang dan konsiten. Elemen persekitaran kerja khususnya dilihat perlu diberi penekanan kerana ianya amat berkaitrapat dengan mutu pelaksanaan dan penyampaian ilmu oleh guru.

Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan, jelas menunjukkan bahawa sekiranya pihak sekolah membuat perancangan perubahan atau peningkatan ke atas mana-mana elemen persekitaran dalaman, ianya akan memberi impak kepada elemen lain secara langsung dan selari. Selain daripada itu, hasil analisis ini juga menggambarkan secara keseluruhan pihak sekolah masih berada jauh daripada kualiti pengurusan berkesan. Oleh yang demikian, pihak sekolah khususnya melalui peranan yang dilakukan oleh pihak guru sendiri, perlu melipatgandakan usaha dan kerjasama berpasukan secara efektif bagi memastikan kualiti pengurusan sekolah dapat diperbaiki dan ditingkatkan.

Melalui elemen-elemen yang telah dikenalpasti, pihak sekolah perlu merancang pelan tindakan ke arah penambahbaikan dan mewujudkan persekitaran sekolah yang positif serta merangsang suasana pembelajaran yang menyeluruh bukan sahaja dalam kalangan pelajar tetapi menjangkau semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak di dalam dunia pendidikan. Selaku organisasi yang berorientasikan pendidikan, pihak sekolah seharunya mampu menjadi teraju utama di dalam merealisasikan organisasi pembelajaran (learning). 

8                                                                                                          

organization) yang menggalak serta mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat (life long learning).

6.2.2Tahap Analisis Persekitaran Dalaman Sekolah Berdasarkan Persepsi Pelajar

Berdasarkan hasil analisis yang dilakukan, didapati persepsi pelajar terhadap persekitaran dalaman sekolah berada pada tahap sederhana. Ini menggambarkan bahawa para pelajar pada keseluruhannya bersetuju terhadap semua faktor persekitaran dalaman sekolah yang terdiri daripada pengajaran-pembelajaran, kepuasan terhadap staf, komunikasi, tingkah laku, kemudahan, peluang yang sama dan am yang dijadikan elemen kajian.

Melalui hasil analisis juga, didapati dua faktor persekitaran dalaman sekolah berada pada tahap tinggi iaitu faktor pengajaran-pembelajaran dan kepuasan terhadap staf. Persepsi positif pelajar terhadap faktor pengajaran-pembelajaran meliputi penggunaan masa yang mencukupi dalam kalangan pelajar untuk kemahiran asas, pemberian jenis dan jumlah kerja sekolah yang sesuai, kepuasan pelajar terhadap cara kerja dan pencapaian mereka dinilai serta diakui, saiz dan bilangan pelajar di dalam kelas dan pemberian kerja-kerja yang mencabar di kalangan pelajar.

Faktor kepuasan terhadap staf pula merangkumi kepuasan pelajar terhadap guru besar, guru penolong kanan, kakitangan sokongan dan guru-guru melalui kerjasama serta bantuan dan minat yang ditunjukkan kepada pelajar. Ini mencerminkan bahawa hubungan baik yang ditonjolkan daripada setiap pihak di sekolah telah berjaya mewujudkan persekitaran pendidikan yang positif. Selain aspek pengajaran-pembelajaran, semangat kekitaan yang ditunjukkan oleh kakitangan sekolah juga berjaya memberi kepuasan kepada pelajar di dalam mengharungi dunia pendidikan di sekolah masing-masing.

Dapatan ini dilihat selari dengan pendapat Howard et al. (1987) dimana beliau berpendapat pihak sekolah perlu menekankan lapan faktor utama di dalam mewujudkan iklim sekolah yang positif, antaranya ialah saling menghormati idea orang lain, percaya-mempercayai untuk meningkatkan bakat dan keyakinan setiap pihak serta semangat kekitaan untuk memastikan setiap individu di sekolah merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada sekolah.

Walaupun hanya terdapat dua item yang mendapat persepsi rendah di kalangan pelajar, tetapi pihak sekolah tidak boleh memandang remeh perkata tersebut dan tidak berusaha

 

9                                                                                       

untuk memperbaikinya. Item tersebut ialah tahap kepuasan yang rendah terhadap tingkah laku rakan-rakan pelajar di dalam mahupun di luar kelas. Sekiranya perkara ini tidak dibendung, usaha sekolah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai peribadi murni sebagaimana yang disasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menghadapi kesulitan. Kewujudan persepsi kurang memuaskan terhadap tingkah laku.

6.3  Tindakan yang dijalankan.

Sebagai seorang pemimpin,saya telah membuat satu analisis persekitaran dengan kaedah analisis ishikawa untuk mendapatkan kekangan , kekurangan dan kekuatan dalam pengurusan sekolah.Sehubungan ini,orang yang pertama kali menerangkan konsep ini, iaitu Encik Kaoru Ishikawa (Ishikawa, Kaoru, Panduan Kawalan Kualiti, Pertubuhan Produktiviti Asia, UNIPUB, 1976).Ia adalah alat yang merupakan kaedah untuk membantu proses pemikiran kami dalam mencari punca masalah. Malah seorang pakar dalam bidang, kadang- kadang digalakkan untuk juga melakukan langkah-langkah carian kerana masalah dalam bidang kepakarannya menggunakan proses pemikiran berstruktur, salah satunya menggunakan Gambar Rajah Ishikawa 6.3.1 . Ia telah digunakan secara meluas, yang paling biasa adalah apa yang saya sebutkan di atas, dalam dunia Kualiti dan Produktiviti industri pembuatan dalam meneroka masalah, boleh menjadi kerugian, penemuan, penyelewengan, analisis jurang, dll. Di kawasan lain seperti siasatan jenayah, pengangkutan dan masalah penduduk, saya mendengar banyak di sana sini, kaedah ini juga boleh menjadi alat untuk mencari akar masalah.Daripada kaedah ini,saya telah mengetahui beberapa kekangan , masalah dan juga penyelasaian.

Didapati guru-guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan BBM ICT di dalam kelas.Sebelum ini, saya telah membuat pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru-guru.Didapati guru-guru menggunakan LCD untuk proses PdPc namun sekolah ini hanya mempunyai sebuah LCD sahaja. Pada satu-satu masa sebuah LCD sahaja dapat digunakan manakala guru-guru lain tidak dapat menggunakan LCD untuk proses PdPC.Sehubungnan itu,untuk memasang LCD di sesebuah kelas telah memakan 10 hingga 15 minit ,ini akan ganggu proses PdPc dan guru-guru tidak dapat menjalankan PdPc dalam masa yang ditetapkan. Dalam penggunaan Smart TV, kita boleh melakukan streaming filem , muzik, berbagai foto antara smartphone dan komputer, , serta dapat menjelajahi internet melalui smart TV dengan mudah.

 

10                                                                                                        

Sebagai pemimpin sekolah, saya telah mengadakan pertemuan di antara pemimpin pasukan kanan , pemimpin pasukan pertengahan dan guru-guru matapelajaran untuk mendapatkan maklumat , idea dan penyelasaian bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pemudahcara di dalam kelas dengan berkesan.Saya juga telah mengadakan perjumpaan staf-staf sekolah , pengawal dan pekerja swasta untuk menelitikan halatuju sekolah.Selain itu, saya juga telah mengadakan pertemuan di antara pengurusan PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah untuk seiringi halatuju sekolah.Saya juga telah mendapatkan dana untuk melengkapkan kemudahan PdPc di dalam kelas seperti Smart TV , Papan Putih , Sistem pendawaian , keselesaan murid- murid seperti kipas , lampu yang lama digantikan dengan baru.Pengurusan PIBG telah memberikan dana tersebut untuk melengkapkan kemudahan-kemudahan tersebut.Disamping itu, guru-guru juga diadakan beberapa PLC untuk meningkatkan kualiti PdPc , penulisan RPH , Penyediaan BBM dan sebagainya.


Gambar rajah : 6.3.1


6.4  Dapatan Kajian

 

Sejajar dengan perkembangan semasa,murid-murid perlu diberikan kemudahan yang baik untuk kemenjadian yang lebih efisyen.Pihak sekolah sentiasa berusaha melakukan yang terbaik demi keselesaan dan kemudahan warga sekolah termasuk penggunaan teknologi baharu dan terkini dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPc) di dalam kelas untuk menarik minat murid.Salah satunya penggunaan smart TV.Penggunaan smart TV merupakan satu

 

11                                                                                                      

medium untuk guru-guru mengapilikasi teknologi dalam pengajaran seiring dengan perkembangan semasa.selain mampu menarik minat untuk belajar dan dating ke sekolah.

Selain itu, kebanyakan bahan bantu mengajar BBM dan nota sekarang ini disediakan dan dibekalkan dalam bentuk soft copy.Penggunaan Pendrive USB lebih mudah dengan hanya menyambung di Smart TV dan guru boleh terus mengajar dan ini lebih menjimatkan masa dibandingkan penggunaan projector LCD yang memerlukan masa untuk menggunakannya. Seterusnya Smart TV boleh disambung terus dengan smart phone atau table phone untuk digunakan semasa PdPc tanpa perlu membawa laptop dan alatan lain ke kelas.

Dengan ini , saya mendapatkan sokongan daripada Pengurusan PIBG untuk mendapatkan dana bagi menyediakan peralatan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran di setiap kelas.Pengurusan PIBG telah memberi dana untuk membelikan 7 buah Smart TV untuk proses PdPc.Smart TV dapat membantu guru-guru mahunpun murid-murid dalam proses PdPc dengan berkesan.Guru-guru juga dapat mengakses internat untuk dapatkan bahan-bahan bantu mengajar dengan secara live dan senang.Bahan-bahan bantu mangajar yang ditunjukkan melalui smart TV dapat merangsang pemikiran dan gerak geri murid-murid di dalam kelas.Dengan itu,Murid-murid sekolah telah seronok dan minat datang ke sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan para guru mengambil inisiatif dalam pembangunan kendiri bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikan amalan pengajaran yang baru memampu memenuhi keperluan abad ke-21 seperti yang dinyatakan dalam PPPM 2013-2025.

Terdapat empat kemahiran (4K) yang seharusnya dikuasai oleh murid dalam pembelajaran abad ke-21 iaitu komunikasi,pemikiran kritis,kolaboratif dan kreativiti. Tanggunjawab memupuk kemahiran pembelajaran abad ke-21 dilihat sebagai sangat penting dalam visi mencapai PPPM 2013-2025 dan kesemua guru memainkan peranan utama dalam merealisasikan misi ini bagi mencapai hasil yang terbaik.

Southeast Asian Teachers Competencies for the 21st century telah menyenaraikan kompetensi guru dalam Pendidikan abad ke-21 yang merangkumi i) Perkembangan kehidupan murid dan kemahiran kerjaya , ii) mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif , iii) memudah cara pembelajaran , iv) menyediakan rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan visi dan misi sekolah , v) memperkembangkan kemahiran berfikiran aras.

12


tinggi (KBAT) , vi) membangunkan dan menggunakan resos pengajaran dan pembelajaran ,

vii) meningkatkan etika , viii) mentaksir dan menilai pencapaian murid , ix) membina hubungan dengan pemegang polisi Pendidikan.

Proses perancangan dan pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 perlu berasaskan empat prinsip utama iaitu i) pembelajaran berpusatkan murid , ii) pembelajaran kolaboratif , iii) pembelajaran kontekstual dan iv) melibatkan komuniti.Selain itu, menyepadukan teknologi dalam rutin bilik darjah menjadi satu kemestian yang perlu diamalkan oleh guru.Pengintegrasian teknologi maklumat dan media serta menjadikannya bertepatan dengan pedagogi juga Teknik pengajaran akan mempermudah dan menyokong murid mencapai kemajuan dalam pembelajaran abad ke-21.Malah pengintegrasian teknologi menawarkan peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran -kemahiran abad ke-21 seperti kemahiran kolaborasi,kemahiran maklumat dan pembelajaran akses kendiri.

6.5    Refleksi Kajian.

 

Berdasarkan kajian yang dilakukan pelibatan murid-murid dalam pengajaran dan pemudahcara sangat aktif dan seronok. Pengajaran dan pembelajaran guru-guru di dalam kelas telah memberikan suatu impak yang positif. Murid-muid tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membuat latihan kerana pengajaran melalui Smart TV telah memberi kesan yang baik.Murid-murid juga telah sedia ada pengetahuan tentang pelajaran itu.

Sebagai seorang pemimpin , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya melihat pelibatan murid-murid sangat aktif.Guru-guru pula telah menyediakan dan mencari Bahan Bantu Mengajar untuk PdPc.Penggunaan smart TV telah memberi kelebihan kepada guru-guru untuk menyalurkan maklumat dengan kadar segera.Saya juga telah mengadakan beberapa learning walk didapati keseronokkan mengajar dalam kalangan guru-guru sangat tinggi. Guru-guru juga telah mengamalkan pelbagai kaedah pengajaran di dalam kelas.

6.6    Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya.

 

Cadangan ini diutarakan bagi menggalakkan perkembangan kajian dengan lebih mendalam terhadap aspek kajian yang dilakukan. Selain daripada itu, cadangan-cadangan ini juga diutarakan bagi mengatasi batasan yang wujud pada kajian ini, antaranya ialah:

13                                                                                                         

a.                  Kajian yang lebih teperinci boleh dilakukan meliputi faktor-faktor persekitaran luaran sekolah seperti ekonomi, politik dan sosial bagi mendapatkan gambaran atau analisis yang lebih jelas tentang kedudukan sebenar pencapaian sekolah.

b.                  Kajian juga boleh dilakukan dengan menambah kumpulan responden yang lebih besar yang terlibat dengan sistem pendidikan sekolah seperti responden yang meliputi satu negeri, daerah atau kepada ibu bapa dan komuniti bagi mendapatkan persepsi yang lebih jelas.

c.                   Mempelbagaikan kaedah untuk mendapatkan maklumat daripada pihak responden. Contohnya, kajian lanjut boleh dilakukan dengan meningkatkan jumlah skala soal selidik secara deskriptif. Selain daripada itu kajian juga boleh dilakukan melalui kaedah lain seperti tinjauan, penyertaan ataupun temu bual bagi mendapatkan maklumat yang lebih telus dan pelbagai.

d.                  Mempelbagaikan skop responden kajian. Sekiranya kajian hendak dilakukan kepada sekolah- sekolah jenis kebangsaan Tamil. kajian boleh dilakukan dengan melibatkan murid- murid dari tahun 1 hingga 6. Selain daripada itu, kajian juga boleh dilakukan kepada pelajar sekolah menengah ataupun pengajian tinggi.

7.0              PENUTUP

Berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada semua responden sebagaimana yang disasarkan, kajian ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Melalui dapatan kajian yang dilakukan, adalah amat diharapkan agar pihak sekolah dapat lebih sensitif terhadap keperluan analisis persekitaran sekolah di dalam usaha mewujudkan pengurusan sekolah berkesan dan memasarkan sekolah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

14

                                                                                                                


RUJUKAN

 

1)      AL Ramaiah, (1992), “Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini”. Petaling Jaya.IBS Buku Sdn. Bhd.

 

2)      AL Ramaiah, (1995), “Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi

Dan Metodologi” Kuala Lumpu, Universiti Malaya.

3)      Davies, B. dan Ellison, L., (2004)., “Strategi Memasarkan Sekolah” Kuala

Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

4)      Fidler, Brian. (1999). “Perancangan Strategik Untuk Kemajuan Sekolah” Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Penterjemah: Abd Aziz Abd. Rahman.

5)      Kotler P., (1997), “Marketing Management”, Englewood Cliffs, Prentice Hall.

6)      Kotler, P. (1991) “Marketing Management” Englewood Cliffs, NJ, Prentice

Hall.

7)      Kotler, P. dan Fox, K.F.A. (1985) “Strategic Marketing for Educational Institution” Englewood Cliffs, NJ, Prentice Hall.

8)      Noor Azidah Binti Ahmad (2005) “Tinjauan Terhadap Kepuasan Latihan Dan Kepuasan Kerja Di Kalangan Staf Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim” Universiti Teknologi Malaysis: Tesis Sarjana.

9)      Ungku Norulkamar U. Ahmad, Ebi Shahrin Suleiman, Ruzita Selamat dan W.

Khairuzzaman W. Ismail (2003) “Tabiat Organisasi” Selangor, Prentice Hall.

15

                






























International Fun Walk 3.0

  International Fun Walk 5KM -3.0, 14.01.2023 - Stadium Kuala Selangor . Thank to co-curricular unit.