Wednesday, 25 May 2022

Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA 2022

 

Sekitar Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA peringkat sekolah yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SJK Tamil Ladang Riverside , Kuala Selangor, Ramasamy Nadesan P.B.B.

Terdapat 14 elemen yang diterapkan bagi pelaksanaan inisiatif Sekolahku SEJAHTERA yang merangkumi aspek Selamat, Seronok, Sihat, Etika, Empati, Jati Diri, Adab Sopan, Harmoni, Tekun, Teliti, Terampil, Eksplorasi, Rasional dan yang terakhir Artikulasi.

 #SekolahkuSejahtera
























 

PELANCARAN PROGRAM NILAM - #RITS

Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah

20 Mei 2022 -  SJK Tamil Ladang Riverside , Kuala Selangor  hari ini telah melancarkan program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) peringkat sekolah dalam usaha untuk meningkatkan minat membaca dikalangan murid. Program NILAM yang bermatlamat untuk meningkatkan tahap dan tabiat membaca tersebut melibatkan beberapa komponen seperti aktiviti-aktiviti galakan membaca, penyediaan bahan bacaan yang bersesuaian dan mencukupi, serta mempelbagaikan masa dan ruang untuk membaca dalam pelbagai situasi dan lokasi.

Program NILAM di peringkat sekolah diuruskan oleh Pusat Sumber Sekolah (PSS).Majlis pelancaran NILAM SJK Tamil Ladang Riverside , Kuala Selangor  2022 dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar, En. Ramasamy Nadesan P.B.B. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepada para murid tentang kepentingan membaca dalam apa sahaja keadaan untuk memastikan agar masa yang terluang dapat diisi dengan cara yang berfaedah. Beliau  Juga telah menyempurnakan gimik pelancaran dengan memotong reben pada bunting sebagai simbolik permulaan pelaksanaan program NILAM bagi tahun 2022. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti bercerita , menyanyi lagu dan sebagainya.Setelah selesai perasmian, semua guru dan murid menyanyikan lagu rasmi program NILAM.

               Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pengurusan PSS serta Penyelaras Pn.M.Sunthary atas kesungguhan dalam menjayakan pelaksanaan program NILAM di peringkat sekolah, dan mengharapkan agar semua aktiviti yang telah dirancang sempena program tersebut dapat dijalankan dengan lancar.





















 


Wednesday, 11 May 2022

PANDUAN UNTUK PENJAWAT AWAM - INGIN BERSARA PILIHAN AWAL

 

Panduan Memohon Bersara Pilihan (Bersara Awal)

Kebanyakkan penjawat awam yang telah menandatangani opsyen persaraan pada usia 55, 56, 58 dan 60 tahun masih lagi terkeliru dengan informasi yang telah mereka terima melalui media sosial.Ramai yang beranggapan mereka terpaksa mencapai umur opsyen berkenaan untuk bersara bagi mendapatkan faedah persaraan seperti pencen bulanan dan sebagainya.Sebenarnya penjawat awam tidak terikat dengan opsyen tersebut dan boleh memilih untuk bersara lebih awal iaitu seawal usia 40 tahun dengan tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya 10 tahun yang boleh dimasuk kira.

Bersara Awal

Soalan Penjawat Awam (Bakal Pesara):

Nama saya Mimi Rugayah, saya berumur 45 tahun dan telah berkhidmat selama 18 tahun (dilantik pada 1 Oktober 1999) sebagai Pegawai Tadbir di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Saya telah memilih skim pencen dan memilih opsyen umur persaraan 60 tahun.
Jika saya ingin bersara pada 1 Oktober 2018, bagaimanakah cara untuk saya memohonnya? Apakah faedah-faedah persaraan yang akan saya terima? Betulkah pencen bulanan saya hanya akan dibayar pada umur saya 60 tahun?
Jawapan:
Puan Mimi Rugayah, terima kasih kerana menghubungi pihak kami.

Untuk makluman, mengikut Seksyen 12, Akta Pencen 1980 :
Syarat-syarat memohon persaraan pilihan:
– berumur sekurang-kurangnya 40 tahun pada tarikh kuatkuasa persaraan pilihan;
– berkhidmat sekurang-kurangnya selama 10 tahun dalam perkhidmatan yang boleh diambilkira (tanpa sebarang cuti tanpa gaji, cuti berlebihan atau tempoh yang tidak layak); dan
– mendapat sokongan Ketua Jabatan
– bebas tindakan tatatertib
– bebas tapisan SPRM
Cara memohon?
– hantar surat permohonan kepada Ketua Jabatan
– Permohonan dihantar ke JPA/KWAP melalui perakuan dan sokongan Ketua Jabatan
– Dokumen yang lengkap perlu dikemukakan ke JPA/KWAP dalam tempoh tidak kurang dari 3 bulan daripada tarikh persaraan pilihan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 tahun 2003)

Faedah-faedah yang bakal diterima setelah diluluskan persaraan pilihan?
1. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR) – Terhad sehingga 150 hari sahaja
Formula perkiraan:
1/30 x GCR x Gaji (gaji pokok termasuk imbuhan tetap)
2. Ganjaran perkhidmatan (gratuity)
Formula perkiraan:
7.5% x tempoh perkhidmatan dalam bulan x gaji pokok akhir
Bilakah PENCEN bulanan mula dibayar?
– ianya bergantung kepada tarikh lantikan anda
– sekiranya anda dilantik sebelum 12 April 1991, jika anda ingin bersara pilihan, sekiranya diluluskan, maka pencen bulanan akan mula dibayar :
a) pada umur 45 tahun bagi semua anggota/pegawai wanita, anggota polis berpangkat rendah daripada ASP (Inspektor ke bawah), anggota bomba berpangkat rendah, pegawai penjara (bawah dari pangkat penguasa penjara) jururawat lelaki yang bertugas di hospital mental Kerajaan; dan
b) pada umur 50 tahun bagi semua anggota / pegawai lelaki selain jawatan di atas (a).
– sekiranya anda dilantik selepas 12 April 1991, sekiranya anda ingin bersara pilihan, pencen akan mula dibayar kepada anda apabila anda mencapai umur 55 tahun, walaupun opsyen umur persaraan wajib anda adalah pada 60 tahun, anda tetap akan menerima pada umur 55 tahun dan tidak sebelum umur itu.
Ini bagi menjawab soalan ke 3 puan di atas. Peraturan ini adalah sepertimana pindaan yang telah dibuat pada tahun 2011 dan masih berkuatkuasa sehingga ke hari ini.
Formula Perkiraan Pencen:
1/600 x tempoh perkhidmatan dalam bulan yang boleh dimasukkira x gaji pokok akhir
– kiraan pencen bulanan adalah terhad kepada pencen maksimum iaitu sebanyak 3/5 x gaji pokok akhir atau 60% x gaji pokok akhir atau terhad kepada tempoh 360 bulan (30 tahun) sahaja.
** sebaiknya untuk penentuan tarikh untuk bersara pilihan, pilihlah tarikh selepas anda menerima kenaikan gaji tahunan. Walau bagaimanapun, tarikh persaraan pilihan anda yang tentukan.
** tiada sebarang konsep persaraan pilihan bagi penjawat awam yang memilih skim KWSP. Anda dikira meletakkan jawatan dan anda hanya layak menuntut caruman majikan dan caruman pekerja/anggota sahaja, tiada sebarang faedah persaraan dan perubatan akan diberikan kepada anda sekeluarga.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Sila Tag kawan anda atau SHARE post ini supaya keluarga, rakan-rakan atau kenalan anda tahu mengenai info ini.

Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan
Jabatan Perkhidmatan Awam
8 Januari 2018

Thursday, 28 April 2022


LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH SJK TAMIL LADANG RIVERSIDE 

KE 

SJK TAMIL BUKIT ROTAN BARU


TARIKH : 28 APRIL 2022

HARI : KHAMIS

MASA : 10.00 AM - 1.00 PM

TEMPAT : PUSAT SUMBER SJK TAMIL BUKIT ROTAN BARU,KUALA SELANGOR

 

SEKOLAH  SJK TAMIL LADANG RIVERSIDE , KUALA SELANGOR , TELAH MENGADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT SUMBER SEKOLAH SJK TAMIL BUKIT ROTAN BARU, KUALA SELANGOR.

LAWATAN YANG MELIBATKAN 3 ORANG GURU SEKOLAH  TERMASUK GURU BESAR, GPK PENTADBIRAN DAN PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH  BERTUJUAN BERKONGSI MAKLUMAT DAN BERTUKAR-TUKAR IDEA BERKENAAN PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.

SEMOGA LAWATAN INI MEMBERI MANFAAT KEPADA KEDUA-DUA BELAH PIHAK DAN DAPAT MENGERATKAN SILATURAHIM ANTARA KEDUA-DUA SEKOLAH.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEKOLAH BRB  KERANA SUDI MENERIMA KUNJUNGAN KAMI.
















International Fun Walk 3.0

  International Fun Walk 5KM -3.0, 14.01.2023 - Stadium Kuala Selangor . Thank to co-curricular unit.